|
Pengundi OKU dibenar bawa wakil untuk bantu proses buang undiKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewartakan dakwat kekal pada 15 Februari ini, bagi membolehkan penggunaannya dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti dicadangkan sebelum ini.Bukan itu saja, SPR juga turut melakukan pindaan Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981 dengan membenarkan pengundi dari golongan orang kelainan upaya (OKU) membawa wakilnya bersama pada hari mengundi untuk membantu proses pembuangan undi.\n\n\n\n Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, SPR juga dijangka mewartakan pindaan pada April ini yang mana setiap calon bertanding tidak lagi dibenarkan menarik diri.\n\n\n\n\n Tempoh bantahan selama sejam diperuntukkan bagi calon mengemukakan bantahan berhubung kelayakan pencabar masing-masing juga akan dimansuhkan mengikut pindaan berkenaan.“Bagi penggunaan dakwat kekal pihak kami dimaklumkan perihal mengenainya sudah pada peringkat akhir dan menunggu masa untuk diwartakan. Bagi OKU pula mereka boleh memilih wakil untuk membantunya ketika proses pembuangan undi dikalangan ahli keluarga.“Berhubung pemansuhan tempoh bantahan dan penarikan diri calon bertanding pula, ia dijangka selesai pada minggu pertama April depan dan akan diwartakan bagi membolehkannya digunakan pada PRU-13,” katanya selepas mesyuarat kali ketujuh jawatankuasa berkenaan di Parlimen, petang semalam.Sebelum ini Parlimen meluluskan 10 cadangan yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan termasuk penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 selaras dengan usaha penambahbaikan proses pilihan raya di negara ini.\n\n\nSementara itu Maximus berkata, jawatankuasa berkenaan juga meminta SPR menilai semula cadangan bagi membolehkan pengamal media di negara ini mengundi sebagai pengundi pos pada pilihan raya umum akan datang dan keputusan mengenainya bakal diketahui pada mesyuarat akan datang.Beliau berkata, cadangan pengundian awal bagi polis dan tentera, hanya bagi pasukan keselamatan yang bertugas di persempadanan mereka dibenarkan untuk melaksanakan tanggungjawab melalui pengundian pos.“Dianggarkan kira-kira 3,500 pasukan keselamatan bertugas di persempadanan, manakala cadangan supaya doktor dan jururawat yang bertugas di wad kritikal mengundi awal, keputusan sudah dibuat dan kumpulan ini dibenarkan untuk keluar mengundi seperti mana pengundi biasa.“Kami juga dimaklumkan SPR bahawa pihaknya sudah melantik penolong pendaftar di konsulat besar di luar negara bagi membolehkan pengundi di sana memohon menjadi pengundi pos,” katanya. Jawatankuasa berkenaan akan selesai melaksanakan tugasnya pada awal April depan dan pembentangan mengenai hasil kerja jawatankuasa berkenaan akan diadakan akhir Mac.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|