CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Lelaki kena tahan di Batam sah Helmi

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di Batam, Jumaat lalu, atas kesalahan memiliki dokumen palsu, adalah lelaki sama dicari sejak tiga tahun lalu berhubung penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita Selangor.\rDifahamkan, identiti sebenar lelaki itu yang menggunakan nama samaran Azmin Helmi, disahkan berdasarkan cap jari yang dihantar polis Indonesia kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) beberapa hari lalu.\r\n\n\n\n\r  Sumber berkata, identiti suspek sudah diperoleh dan lelaki terbabit adalah individu sama yang dikehendaki Polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Exco Selangor.\r\r\n\n\n\n\n  “Polis Indonesia tidak menemui sebarang dokumen mengatakan lelaki itu adalah Helmi Malek yang dicari polis Malaysia, namun identiti sebenarnya dapat dikesan menerusi cap jari yang dihantar kepada Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rSementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk melengkapkan siasatan berhubung kesalahan suspek di republik itu.\r“Kita mengesahkan penahanan suspek di Indonesia dan menyerahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk melengkapkan siasatan mereka kerana suspek turut melakukan kesalahan di negara berkenaan.\r“Bagaimanapun, kita sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Berita Harian, semalam.\r\n\n\n\rKelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata pihak sedang menunggu tindakan Indonesia terhadap lelaki terbabit, sama ada diusir atau dikenakan hukuman mengikut undang-undang negara berkenaan.\rKatanya, jika pihak berkuasa Indonesia memutuskan untuk mengusir lelaki itu, PDRM akan mengambil tindakan susulan bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar berkenaan. \rDia ditahan polis Indonesia di Batam ketika cuba memohon pasport negara itu menggunakan dokumen palsu, termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran palsu. Dia mengaku warga Malaysia, selain dikehendaki polis Malaysia berhubung satu kes jenayah dan meminta tidak dihantar pulang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.109972 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list