|
Dasar keselamatan sosial utama kebajikan rakyat: PMKLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun Malaysia bukan negara kebajikan, kerajaan tetap menyedia dan melaksanakan dasar jaringan keselamatan sosial demi kebajikan rakyat, termasuk golongan kurang bernasib baik.\n\n\n\n Katanya, dengan dasar jaringan keselamatan sosial yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat, sebuah masyarakat yang lebih adil dan seimbang melalui perkongsian kekayaan negara dapat diwujud.\n\n\n\n\n “Kita mesti berasa empati terhadap golongan kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya (OKU), sebab itu kerajaan amalkan jaringan keselamatan sosial walaupun kita bukan negara kebajikan,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Hokkien di sini, semalam.Majlis sempena Chap Goh Meh, iaitu hari ke-15 Tahun Baru Cina, yang dihadiri kira-kira 1,500 masyarakat Cina, India dan Melayu turut disertai OKU, warga tua dan anak yatim. Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, banyak negara kebajikan di dunia menghadapi masalah ekonomi yang amat serius.Berikutan itu, Perdana Menteri berharap lebih banyak kerjasama awam-swasta dibentuk untuk berkongsi beban membantu rakyat tidak berkemampuan di negara ini.\n\n\n“Kita menggalakkan pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjalankan tanggungjawab sosial itu untuk membantu golongan kurang berkemampuan termasuk ibu tunggal dan OKU,” katanya.“Program hari ini (semalam) adalah inisiatif bersama kerajaan dan swasta dengan menyaksikan penyaluran bantuan RM10,000 kepada setiap 50 badan kebajikan dan amal di seluruh Selangor dengan jumlah keseluruhan RM500,000.“Selain swasta, orang perseorangan juga harus menghulur sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik,” katanya.Najib juga berharap lebih banyak peluang pekerjaan disediakan untuk OKU kerana yakin mereka boleh berjaya jika diberi peluang.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|