View: 253|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Mark Zuckerberg ‘penggodam’
[Copy link]
|
|
Pendekatan praktikal pengasas Facebook lonjak pengguna laman sosial\rJUTAWAN dan ketua eksekutif laman sosial terkemuka, Facebook, Mark Zuckerberg menggelarkan dirinya sebagai seorang ‘penggodam.’\r\r Bagi orang biasa, perkataan itu mempunyai maksud jahat, penjenayah yang mencuri-dengar peti suara persendirian atau penjahat tanpa identiti yang melumpuhkan laman web dan memecah-masuk akaun emel.\r\n\n\n\n\n\rBagi Facecook, penggodam mempunyai maksud yang berbeza. Ia adalah nilai yang diterapkan dalam budaya syarikat itu.\rIa menjelaskan percubaan idea baru walaupun menemui kegagalan dan bagi menggalakkan produk baru dengan cepat walaupun tidak sempurna.\rPendekatan penggodam itu menjadikan Facebook sebagai sebuah syarikat internet paling bernilai dunia.\rZuckerberg menjelaskan, penggodam percaya setiap sesuatu boleh menjadi lebih baik dan tiada yang lengkap sepenuhnya.\r“Mereka hanya perlu membaikinya lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan golongan yang selalu berkata ia adalah mustahil atau sependapat dengan status quo,” katanya.\rZuckerberg berkata demikian dalam esei 479 patah perkataan bertajuk ‘The Hacker Way’ yang dimasukkannya sebagai sebahagian dokumen syarikat yang difailkan kepada pegawai kerajaan bagi rancangan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat pengendali laman sosial itu.\rSyarikat itu menyasarkan meraih AS$5 bilion daripada IPO itu yang akan meletakkan nilai Facebook sehingga AS$100 bilion.\rPemuda berusia 27 tahun yang mempunyai kepentingan AS$28.4 bilion dalam janji niaga itu menggunakan ‘H-word’ sebanyak 12 kali dalam esei berkenaan, manakala perkataan ‘pemegang saham’ hanya digunakan sekali saja.\rJika beliau mengetahui akan kebimbangan pelabur dengan tidak memasukkan rujukan itu dalam manifesto IPOnya, mungkin beliau dengan mudah boleh menyifatkan Facebook sebagai ‘lincah’ atau ‘tangkas.’\rSecara simbolik, ia tidak menjadi petanda yang baik bagi Facebook mahupun pelabur,” kata Profesor Madya Undang-undang Jenayah di Drexel University, Robert D’Olivio yang mengkaji jenayah komputer.\r“Saya rasa mungkin ia menunjukkan bahagian dirinya yang tidak matang. Beliau sepatutnya lebih mengetahui,” katanya.\rDengan menggunakan perkataan itu, Zuckerberg juga dilihat sebagai cuba mendapat pengiktirafan.\rBaginya, Steve Jobs dan pengasas banyak syarikat teknologi utama dunia adalah juga penggodam.\r“Perkataan ‘penggodam’ mempunyai tanggapan buruk yang digambarkan dalam media sebagai orang yang mencerobohi komputer,” kata Zuckerberg.\r“Realitinya, menggodam hanya bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau menguji tahap sesuatu perkara dilakukan,” katanya.\rUntuk berlaku adil, maksudnya sudah menjadi kompleks. Penggodam jahat memusnahkan sesuatu dengan niat yang jahat. Mereka menceroboh peti suara mangsa jenayah dan selebriti untuk mencari cerita panas yang baru.\rMereka menceroboh sistem keselamatan untuk mencuri data kad kredit. Minggu ini saja, ahli kumpulan Anonymous menggodam laman web penguat kuasa undang-undang seluruh dunia dan mendapat capaian maklumat risikan kerajaan dan maklumat sensitif lain.\rPenggodam baik pula kadang-kadang melakukan godaman. Tetapi mereka melakukannya atas nama inovasi. Mereka memanggil diri mereka sebagai penggodam ‘topi putih’ bagi melawan penjenayah godaman ‘topi hitam.’\rSelalunya, mereka diupah bagi mendedahkan kelemahan di syarikat besar.\rKevin Mitnick, yang didapati bersalah dan dipenjara pada 1990-an kerana menggodam komputer, kini bekerja sebagai perunding keselamatan.\rIa adalah sama sekali berbeza dengan kehidupannya sebelum ini yang mana beliau menghabiskan masa bertahun-tahun mencuri rahsia daripada syarikat besar dunia.\r“Saya memecah-masuk komputer bagi mencari kelemahannya, sebelum orang jahat melakukannya,” katanya.\rBagi Mitnick, ‘Hacker Way’ yang dimaksudkan Zuckerberg ialah mengenai usaha mencari cara bijak mengatasi masalah. Ia juga bermaksud mengenal pasti kegunaan baru bagi sesuatu yang sudah lama.\rNathan Hamblen, yang berkhidmat dengan laman web Meetup.com pula berkata, godaman terbaik adalah dikalangan mereka yang melakukan sesuatu tanpa disangka-sangka, sesuatu yang mengejutkan sehingga tiada yang lain berfikir mengenainya.\rPerkataan ‘godam’ bermula sejak separuh abad lalu, ketika pakar komputer di Massachusetts Institute of Technology melakukan penyesuaian sistem telefon dan komputer.\r“MIT adalah Mesopotamia aktiviti godaman. Ia adalah tempat di mana budaya menggodam bermula,” kata penulis buku Hackers: Heroes of the Computer Revolution yang diterbitkan pada 1984, Steven Levy.\rKomuniti penggodam yang kecil ketika akhir 50-an dan 60-an mengukur satu sama lain melalui kebolehan kreatif dan teknikal mereka dan memakai gelaran itu sebagai penghormatan, lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan Zuckerberg kini.\r“Merekalah yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan kepada komputer,” katanya.\rAda dikalangan mereka yang melakukannya sebagai suka-suka. Pada 1970, sebelum menubuhkan Apple, Steve Jobs dan rakannya Steve Wozniak menemui cara menceroboh sistem telefon untuk membuat panggilan percuma.\rDalam satu percubaan itu, kedua-dua Steve itu memanggil Vatican hanya untuk mengetahui siapa yang akan mengangkat telefon.\r“Wozniak berpura-pura menjadi Henry Kissingger yang mahu bercakap dengan pope.\r“Kami berada pada persidangan di Moscow dan kami perlu bercakap dengannya,” mimik Woz.\rBeliau dimaklumkan bahawa ketika itu jam 5.30 pagi dan pope masih tidur,” menurut tulisan Walter Isaacson dalam biografi terbarunya mengenai Jobs.\rGodaman hanya bermula menjadi sesuatu yang buruk sekitar tahun 80-an dan 90-an. Ada yang menyalahkan Robert Morris, pelajar sains komputer yang menemui kelemahan perjalanan dalaman internet dan melepaskan virus ‘cacing’ komputer pertama pada 1988.\r“Beliau menyebabkan internet menjadi mesin pengisar,” kata D’Olivio.\rMorris adalah orang pertama didakwa di bawah akta penipuan dan penyalahgunaan komputer persekutuan yang diluluskan dua tahun sebelumnya.\rFilem seperti ‘War Games’ pada 1983 juga meningkatkan kebimbangan awam mengenai godaman.\rDalam filem itu, seorang penggodam hampir mencetuskan perang dunia yang seterusnya, dengan memikirkan ia hanya satu permainan komputer.\r“Ia terjadi kerana Hollywood dan kerana tiada perkataan lain di luar sana,” kata Andrew Howard, 28, seorang saintis di Georgia Tech Research Institute.\rTahun 80-an dan 90-an juga adalah waktu yang mana penggunaan komputer mula berkembang.\rBagaimanapun ia masih lagi menjadi misteri bagi kebanyakan orang.\rMereka memikirkan, “bagaimana ia bekerja? Adakah sesiapa yang akan menembusinya?”\rManifesto ‘penggodam’ Zuckerberg adalah manifesto bagi Levy, yang menyusun ‘The Hacker Ethic’ dalam bukunya mengenai budaya itu.\rAntara prinsipnya ialah, ‘penggodam patut dinilai dengan kerja godaman mereka’ dan ‘selalu menekankan pendekatan praktikal.’\rPendekatan praktikal itu penting bagi Facebook. Zuckerberg masih menghabiskan berjam-jam menulis kod komputer, walaupun beliau sudah mempunyai beratus orang jurutera.\rCara itu membantu laman sosial Zuckerberg berkembang.\rApabila MySpace berhenti daripada melakukan inovasi, penggunanya berpindah kepada Facebook yang lebih bersih, mudah dan selalu mengalami perubahan.\rIa menyebabkan News Corp menjual MySpace pada AS$35 juta Jun lalu.\rSementara itu, pengguna Facebook meningkat dengan mendadak kepada 845 juta walaupun laman web itu mengalami perubahan dan melakukan rekaan semula dengan peraturan keselamatan baru.\rZuckerberg dan yang lain mungkin boleh lagi membersihkan perkataan itu.\rMeetup Hamblen percaya bahawa ia sudah pun berlaku.\r“Orang ramai tidak takutkan teknologi, iaitu penyebab kepada ketakutan kepada penggodam,” katanya.\r“Apabila orang ramai boleh menyesuaikan diri dengan teknologi, godaman akan menjadi cara melihat sesuatu dan menggunakannya dengan cara bijak,” katanya. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|