CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Masyarakat Hindu digesa percaya kepada kerajaan

[Copy link]
Post time 7-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat patut bangga sikap toleransi asas keharmonian\rKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa masyarakat Hindu di Malaysia supaya terus meletakkan kepercayaan atau ‘nambikei’ mereka di dalam kerajaan. \r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, dengan kepercayaan ini, kerajaan akan  dapat bekerjasama dan membantu komuniti secara lebih efektif dalam menangani cabaran serta mencapai hasrat untuk kehidupan yang lebih baik.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami sentiasa komited untuk memenuhi segala janji kami kepada komuniti dan akan melakukan apa yang diperlukan untuk membantu mereka mencapai impian masing-masing,” katanya dalam mesej sempena sambutan Thaipusam  dimuatkan dalam laman blog beliau, www.1malaysia.com.my.\rNajib berkata, masyarakat Hindu menyambut perayaan Thaipusam dengan mengunjungi kuil di seluruh negara untuk menunaikan hajat serta untuk memanjatkan kesyukuran mereka.\rKatanya, ramai juga  akan bernazar dan berdoa untuk kehidupan  yang lebih baik dan masa depan yang lebih  terjamin bagi  anak mereka.\r“Adalah menjadi lumrah bagi setiap individu mempunyai keinginan untuk menambah baik kualiti kehidupan diri sendiri dan orang kesayangan mereka,” kata Najib, sambil menambah kerajaan mengetahui dan memahami keinginan berkenaan.\r\n\n\n\rPerdana Menteri turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam kepada masyarakat Hindu di Malaysia sempena sambutan Thaipusam.\r“Sekali lagi, kita dapat menghayati kepelbagaian budaya negara kita ketika masyarakat Hindu di Malaysia menyambut perayaan Thaipusam ini,” katanya.\rSementara itu, rakyat Malaysia patut berbangga dengan sikap toleransi yang menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini yang istimewa dan tidak akan mampu dinikmati di negara lain.\rTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tanpa toleransi tentunya Malaysia tidak akan berdiri megah seperti sekarang ini.\r“Justeru, untuk memastikan apa yang kita nikmati pada masa ini dapat terus dinikmati pada masa akan datang, maka menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk terus saling hormat menghormati di atas platform toleransi,” katanya dalam mesej sempena sambutan Thaipusam hari ini.\rMuhyiddin berkata, jangan sesekali memandang remeh kepentingan toleransi sesama kaum kerana ikatan perpaduan yang lemah akan menjadi punca timbulnya sikap permusuhan, sekali gus memusnahkan usaha merapatkan  kaum di negara ini yang dimulakan sejak negara mencapai kemerdekaan.\r“Sehubungan itu,  menjadi harapan saya agar setiap nilai positif yang menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup antara kaum di negara ini akan terus menjadi keutamaan setiap rakyat Malaysia,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076589 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list