View: 282|Reply: 0
|
Britain bakal berdepan kemelesetan ekonomi
[Copy link]
|
|
EKONOMI Britain bakal berdepan kemelesetan sederhana tahun ini, kata peneraju pemikir dalam laporannya baru-baru ini, sekali gus menggesa kerajaan supaya merancakkan perbelanjaan jangka masa terdekat bagi mengelakkan ia berpanjangan dalam jangka panjang susulan kadar pengangguran yang tinggi.\rInstitut Kajian Ekonomi dan Sosial Kebangsaan (NIESR) mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup 0.1 peratus tahun ini kerana krisis euro yang belum selesai menjejaskan prospek eksport dan keyakinan perniagaan.\r\n\n\n\n\rInstitut itu melihat kadar pengangguran meningkat kepada 9.1 peratus dan memberi amaran biarpun dijangkakan pemulihan pada 2013 dan seterusnya, ia mungkin tidak dapat mengurangkan tahap pengangguran ke paras sebelum krisis.\r\r\n\n\n\n\nBritain bakal berdepan risiko ekonomi dan kerosakan sosial jangka panjang yang ketara tanpa langkah meningkatkan peluang pekerjaan, kata Pengarah NIESR, Jonathan Portes.\rKerajaan mempunyai ruang untuk meningkatkan perbelanjaan dalam projek infrastruktur dalam jangka masa terdekat tanpa merosakkan kredibiliti Britain sebagai penghutang, kata Portes.\rInstitut itu sudah lama menggesa kerajaan mengurangkan usaha penjimatannya. \rDalam laporannya, ia mengunjurkan perbelanjaan pelaburan yang dibiayai menerusi hutang sebanyak 15 bilion pound akan mengurangkan kadar pengangguran dijangka sebanyak 0.3 mata peratusan.\r“Komitmen bagi dasar fiskal mapan dalam tempoh yang panjang menyediakan kerajaan dengan fleksibiliti untuk menyediakan rangsangan sementara dan jelas kepada permintaan jangka masa terdekat,\" kata institut itu.\rRabu lalu, pemikir polisi fiskal, IFS berkata kes bagi rangsangan kerajaan meningkat, walaupun ia mengambil kira risiko perbelanjaan dibiayai menerusi pinjaman tambahan mungkin menjejaskan keyakinan pasaran dan meningkatkan kos pinjaman.\rPerdebatan mengenai pelan penjimatan kerajaan yang bermatlamat mengurangkan belanjawan defisit dalam tempoh lima tahun akan datang, meningkat semula menjelang pengumuman belanjawan yang dijadualkan pada 21 Mac ini kerana ekonomi menguncup pada akhir 2011.\rPemerhati fiskal kerajaan, OBR mengunjurkan pertumbuhan 0.7 peratus bagi 2012. \rNIESR mengunjurkan pertumbuhan 0.8 peratus bagi 2012 pada Oktober, dengan andaian krisis zon euro akan diselesaikan menjelang akhir 2011.\rPakar ekonomi di NIESR berkata, ekonomi dijangka menguncup 0.2 peratus pada suku pertama dan 0.1 peratus pada suku kedua sebelum ia mula pulih. Institut itu mengunjurkan pertumbuhan kembali kukuh kepada 2.3 peratus pada 2013.\rInflasi dijangka jatuh di bawah dua peratus pada separuh kedua tahun ini dan kekal di bawah sasaran Bank of England sepanjang 2013 dan 2014, sekali gus memberi kelonggaran kepada bank pusat menambah rangsangan selanjutnya pada mesyuarat minggu depan. – REUTERS
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|