CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59|Reply: 0

Pemahaman maksud pendidikan Islam terbatas

[Copy link]
Post time 1-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Pemahaman masyarakat mengenai maksud pendidikan Islam yang sebenar masih terbatas walaupun negara sudah lama merdeka, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukor Husin.Beliau yang juga bekas Naib Canselor pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, pendidikan Islam mengikut al-Quran dan hadis bukan terbatas kepada mata pelajaran agama semata-mata, sebaliknya membabitkan semua bidang.\n\n\n\n   “Selama ini, apabila kita bercakap pendidikan Islam, masyarakat memahaminya sebagai mata pelajaran seperti Syariah, Fiqh, Usuluddin dan sebagainya. \n\n\n\n\nMasyarakat cepat melabel sesuatu sebagai Islamik dan yang lain tidak Islamik.“Mengikut perspektif Islam, ilmu terbahagi kepada dua cabang iaitu fardu ain dan kifayah. Mengkaji dan menuntut kedua-dua cabang itu adalah perlu. “Fardu ain adalah ilmu diperlukan untuk mengukuhkan hubungan dengan Allah, manakala fardu kifayah, termasuk ilmu pengetahuan mengenai perubatan, sains dan teknologi,” katanya dipetik daripada buku biografi beliau, Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil Menongkah Arus Meneraju Menara Gading.Buku menceritakan kisah hidup tokoh ulama dan akademik itu, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan USIM dilancarkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, di USIM, di sini, semalam.Katanya dalam buku itu, penubuhan USIM bertujuan menentang arus pemikiran konvensional, sekali gus menjadi anjakan paradigma mengenai apa sebenarnya pendidikan Islam dan skopnya yang merangkumi semua bidang.Abdul Shukor antara individu pertama mengemukakan pandangan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Razak pada 2006, menjelaskan keperluan penubuhan sebuah institusi berteraskan Pengajian Islam.Najib kemudian bersetuju, malah menegaskan pengajian Islam perlu berada dalam arus perdana pendidikan negara dan dijadikan bidang pengajian kontemporari yang menghubungkan urusan seharian manusia dengan agama dalam cara praktikal.Susulan itu, Abdul Shukor membentuk jawatankuasa yang dipengerusikan beliau sendiri menyediakan kertas cadangan mempertimbangkan penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), yang kemudian ditukar nama kepada USIM.Sementara itu, Abdul Shukor dalam ucapannya, berkata penerbitan buku itu satu penghormatan kepadanya walaupun tidak pernah mengharapkan sebarang pengiktirafan sepanjang melakukan kerja menegakkan syiar Islam.“Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk melakukan segala tugas mengikut kehendak-Nya dan saya berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa menyokong perjuangan saya,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.832415 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list