CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75|Reply: 0

‘Bunyi dari langit’ cuma ujian tekanan dandang

[Copy link]
Post time 1-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Penemuan awal hasil siasatan bunyi ‘ngauman dari langit’ di Kota Samarahan pada 11 dan 12 Januari lalu, mendapati kemungkinan ia berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, dekat situ.\rPenemuan awal itu diperoleh hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).\r\n\n\n\n\rTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof, berkata kilang berkenaan menjalankan ujian tekanan dandang secara automatik, yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala dan ia disahkan Penolong Pengurusnya, Yusmizan Desa.\r\r\n\n\n\n\n“Proses berkenaan menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat. Pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan pada nilai yang ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. \r“Corong lepasan wap juga didapati menghala ke arah kampung yang mana saksi mendengar bunyi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.\rDemonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang oleh pihak kilang disaksikan sendiri jawatankuasa siasatan dan saksi berkaitan, yang berpuas hati berhubung persamaan bunyi proses terbabit dengan rakaman ngauman seperti dilaporkan sebelum ini.\rFadillah bagaimanapun berkata, analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan pakar tempatan masih diteruskan bagi pengesahan secara saintifik.\r\n\n\n\rSebelum ini, antara andaian mengaitkan bunyi itu dengan kejadian gempa bumi di Sumatera dan High Frequancy Active Auroral Research Programme (HAARP) yang dijalankan kerajaan Amerika Syarikat, namun siasatan mendapati kedua-dua andaian tiada asas dan kaitan langsung dengan bunyi berkenaan. \r“Jawatankuasa Siasatan menggunakan beberapa metodologi seperti menemubual saksi kejadian, mengenal pasti sumber potensi punca bunyi dan siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan untuk menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima daripada orang ramai,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048028 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list