View: 137|Reply: 0
|
Mengaku campak bayi dari tingkat dua flet
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dekat sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya, Oktober tahun lalu.\rHakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu.\r\n\n\n\n\r Mahkamah turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara lima bulan lagi, sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.\r\r\n\n\n\n\n Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober lalu. \rPertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.\rPendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|