CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

‘Berburu hobi baru mangsa’

[Copy link]
Post time 30-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA BERANG: Seorang guru yang masih bersedih di atas kematian bakal tunangnya ketika berburu pada malam Khamis lalu, belum terfikir untuk mencari pengganti jejaka itu yang sebelum ini sentiasa berada di sisinya apabila diperlukan.Guru sebuah sekolah menengah yang mahu dikenali sebagai Suhana berkata, beliau mengagumi sikap bertanggungjawab Lans Koperal Yasser Janudin, 26, tidak pernah jemu mengambil berat masalah dihadapi ahli keluarganya.\n\n\n\n “Saya tahu hobi beliau memancing tetapi pada kejadian arwah pergi berburu bagi mengubah selera memenuhi masa lapangnya. Saya reda dengan kematiannya, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan semuanya.\n\n\n\n\n “Cuma saya terkilan kerana arwah tidak menceritakan di mana lokasinya ketika beliau menghantar dua SMS terakhir dan tidak menjawab pertanyaan saya pada hari kejadian. Saya hanya mengetahui beliau terbunuh selepas dimaklumkan kak Ayu (kakak Yasser)  jam 5.20 pagi,” katanya menceritakan kisah malang menimpa Yasser yang mati ditembak rakan ketika berburu bersama dua rakan lain di hutan Kampung Kuala Menjing di sini,  jam 9.30 malam. Yaseer terbunuh selepas terkena tembakan rakannya yang menganggap kilauan cahaya berwarna putih di sebalik pokok adalah mata seekor rusa.   Menceritakan antara saat akhir bersama arwah, Suhana berkata, Yaseer ada menghantar SMS berbunyi, ‘nanti saya hantar mesej lagi, ada kerja sekejap’ kira-kira dua jam sebelum menghembuskan nafas terakhir.Katanya, sehari sebelum kejadian Yasser yang bertugas di Bahagian Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu sejak enam tahun lalu mengajaknya dan ahli keluarga termasuk bakal bapa mentua (bapa Suhana) yang berusia 56 tahun makan malam di sebuah restoran di bandar itu.\n\n\n“Ketika menikmati hidangan makan malam, Yasser tidak banyak bercakap termasuk hal majlis pertunangan yang akan diadakan Mac ini, sebaliknya lebih suka berbual mengenai minat terbaru memburu bersama bapa saya selain bercerita mengenai hobi utamanya memancing. “Selepas makan malam, beliau menghantar kami sekeluarga pulang dan Yasser tidak menunjukkan sebarang perubahan malah beliau kelihatan ceria, ” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.164129 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list