CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

118 mogok lapar

[Copy link]
Post time 30-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
SUBANG: Kira-kira 118 orang daripada 57 keluarga yang menetap di Kampung Bunga Raya, di sini semalam mengadakan mogok lapar sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lalu, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.\rPenduduk terbabit yang turut disertai kanak-kanak memulakan mogok lapar sejak 9 pagi, sambil mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan Pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan  hampir empat tahun itu.\r\n\n\n\n\r    Mereka mendakwa Ahli Parlimen Subang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa gagal mengotakan janji untuk menyediakan rumah kepada penduduk terbabit selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.\r\r\n\n\n\n\n     Timbalan Pengerusi Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia (PPPM), R Balan, berkata Sivarasa berjanji akan melakukan pelbagai perkara, termasuk menyediakan rumah baru  tetapi beliau tidak membuat apa-apa selepas memenangi pilihan raya umum lalu.\rKatanya, Sivarasa berjanji macam-macam kepada penduduk sebelum pilihan raya, tetapi beliau tidak melakukan apa-apa, malah tidak  melihat kehidupan penduduk selepas menjadi wakil rakyat di sini.\r“Jadi, kita mahu dapatkan jawapan siapakah yang akan bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah penduduk kampung di sini pada hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di Kampung Bunga Raya di sini, semalam.\rSebelum ini, Sivarasa difahamkan berjanji akan menyediakan apartmen kepada penduduk berkenaan di Jalan Pluto U5/139 di Shah Alam menjelang Deepavali pada 2010 ketika berkempen pada pilihan raya umum 2008.\r\n\n\n\rBagaimanapun, setelah kira-kira lima jam setengah mengadakan mogok laporan itu, tiada seorang pun wakil pembangkang yang muncul di situ, termasuk Sivarasa. \rSebaliknya, kira-kira jam 3.30 petang, Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Shafei Abdullah tiba di kampung berkenaan, sambil diiringi Ketua UMNO Bahagian Subang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor.\rSelepas mengadakan pertemuan dengan penduduk terbabit, Mohd Shafei memberi jaminan  bahawa masalah mereka akan diselesaikan apabila Barisan Nasional (BN) mengambil alih semula pentadbiran kerajaan Selangor.\rSementara itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang turut melakukan tinjauan sama tidak lama selepas itu, memberi jaminan bahawa kemiskinan bandar dan projek terbengkalai di Lembah Klang akan dimasukkan dalam manifesto BN.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.146336 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list