CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

‘Pembeli rumah’ muflis ke Kabinet

[Copy link]
Post time 29-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
AMPANG: Isu pembeli rumah terbengkalai yang diisytiharkan sebagai muflis akan dibawa kepada Kabinet, berikutan mereka terpaksa menanggung beban membayar pinjaman rumah yang tidak didiami dan perlu menyewa rumah lain.\rTimbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata rata-rata pembeli rumah terbengkalai menghadapi situasi itu kerana gagal melunaskan bayaran pinjaman perumahan meskipun rumah yang mereka beli tidak dapat diduduki.\r\n\n\n\n\r  “Bila terpaksa menanggung dua beban (sewa dan ansuran rumah) banyak yang tersangkut (tak dapat membayar pinjaman bank). Lebih malang lagi jika peminjam itu peniaga kecil atau mereka berpendapatan rendah, apabila diisytiharkan muflis ia akan menyukarkan mereka membuat pinjaman lain.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya akan membawa isu ini ke Kabinet supaya golongan terjejas ini diberikan kelonggaran dan pertimbangan pihak berkenaan daripada terus diisytiharkan muflis,” katanya selepas Penyerahan Kunci Rumah Pangsapuri Residensi Bestaria dekat Bukit Antarabangsa di sini, semalam.\rSeramai 220 pemilik daripada  1,200 pemilik rumah perumahan itu menerima kunci masing-masing selepas menunggu  sembilan tahun berikutan kegagalan pemaju menyiapkan perumahan berkenaan.\rNoh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata beliau memahami tindakan yang terpaksa diambil institusi kewangan berikutan kegagalan pembeli melunaskan ansuran tetapi dalam isu itu, hak pembeli dinafikan pemaju tidak bertanggungjawab.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.048409 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list