CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Untung Al-Hadharah REIT naik 3 kali ganda

[Copy link]
Post time 28-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pendapatan sewaan lonjak  prestasi   raih RM239 jutaAL-HADHARAH Boustead REIT (Al-Hadharah REIT) mencatatkan prestasi kukuh tahun lalu dengan keuntungan bersihnya meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM306 juta, daripada hanya RM82 juta tahun sebelumnya.\n\n\n\n  Pada suku keempat tahun dikaji, dana pelaburan hartanah (REIT) perladangan patuh Syariah pertama di Malaysia itu meraih keuntungan bersih RM239 juta, berbanding RM32 juta pada suku sama tahun sebelumnya.\n\n\n\n\n\n  Peningkatan kukuh keuntungan itu sebahagian besarnya disumbangkan pulangan ke atas nilai wajar dan peningkatan dalam pendapatan sewaannya.Pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, berkata pihaknya berpuas hati dapat mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam sektor REIT dengan prestasi luar biasa yang dicatatkan sepanjang tahun kewangan 2011.Katanya, di sebalik persekitaran ekonomi global yang tidak menentu, langkah mengukuhkan trek rekod dan meneroka peluang baru dalam pasaran membolehkan dana itu terus menghasilkan nilai lebih baik kepada pemegang unit sambil memperbaiki pendapatan.“Sejajar polisi perakaunan syarikat, kami turut melaksanakan penilaian semula semua aset kumpulan, sekali gus mencatatkan pulangan nilai wajar bernilai RM213 juta. Ini menyumbang kepada keuntungan keseluruhan syarikat untuk tahun kewangan dikaji dan menghasilkan peningkatan dalam nilai bersih penutup dalam hartanah pelaburan syarikat kepada RM1.3 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.\n\n\nHarga unit Al-Hadharah REIT ditutup pada RM1.54 seunit pada 31 Disember 2011 manakala nilai aset bersih bagi tempoh 12 bulan itu meningkat kepada RM1.81 sen seunit berbanding RM1.42 seunit tahun sebelumnya.Pada penutup tahun kewangan itu, nilai permodalan pasarannya berkembang kepada RM965.4 juta, meningkat ketara daripada RM802.1 juta dalam tahun sebelumnya.Berikutan prestasi memberangsangkan itu, Al-Hadharah REIT mengumumkan dividen akhir lapan sen, menjadikan dividen keseluruhan tahun itu kepada 12 sen.Dividen itu mewakili pulangan kukuh lapan peratus berdasarkan harga unit penutup bagi tahun itu.“Menuju ke depan, kami meninjau untuk terus meningkatkan aset portfolio dana serta menambah baik potensi pendapatan.“Memandangkan kedudukan unik kami sebagai satu-satunya REIT perladangan di Malaysia ditambah pula permintaan konsisten untuk komoditi, kami yakin berada pada pada kedudukan baik untuk mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.REIT itu disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Februari 2007 dengan strategi pelaburan utamanya adalah memiliki dan melabur sepenuhnya dalam aset perladangan termasuk estet perladangan serta kilang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042641 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list