View: 101|Reply: 0
|
Tuduhan NFC gagal urus kewangan berniat jahat
[Copy link]
|
|
Pembangkang putar belit fakta untuk cetus kekeliruanKUALA LUMPUR: Tuduhan pembangkang mengenai kecelaruan dan kegagalan pengendalian kewangan projek Pusat Fidlot Nasional adalah tidak tepat, mengelirukan serta berniat jahat, kata Pengarah Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Wan Shahinu Izmir Salleh.\n\n\n\n Beliau berkata, segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak tepat sama sekali dan sengaja diputarbelitkan bagi mencetuskan kekeliruan di kalangan masyarakat serta menjejaskan imej NFCorp.\n\n\n\n\n\n Katanya, orang awam boleh merujuk sendiri apa yang sebenarnya terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara itu menerusi laman web jabatan berkenaan yang menyentuh mengenai NFC.Laporan penuh boleh diperoleh di alamat http://www.audit.gov.my.“Saya berharap orang ramai membaca sendiri laporan itu bagi mendapatkan gambaran sebenar. Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tidak pernah atau tidak sesekali menyatakan ia gagal.“Apa yang diperkatakan pengkritik adalah tidak tepat. Malah, tindakan mereka dengan menyatakan kononnya Ketua Audit Negara ada menyatakan sedemikian adalah satu tuduhan palsu dan berniat jahat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan kepada 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan di sini, Ahad lalu, yang kenyataannya dihantar kepada Berita Harian, semalam.Antara NGO yang hadir adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Keusahawanan Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu.Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail turut memberikan penerangan berhubung fakta sebenar isu itu dan menjawab pelbagai soalan yang diajukan wakil NGO yang hadir.Perkara utama yang disentuh pada sesi dialog itu adalah mengenai fungsi sebenar NFCorp sebagai sebuah syarikat swasta, manakala Pusat Fidlot Kebangsaan pula di bawah kawal selia Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.Wan Shahinu Izmir berkata, pihaknya juga memberi kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan dilakukan dengan mengemukakan pelbagai laporan dan kenyataan kepada pihak berkuasa.“NFCorp memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menunggu hasil siasatan sebelum merangka tindakan susulan,” katanya.Beliau juga mengalu-alukan langkah kerajaan yang mahu melantik sebuah firma audit bebas untuk menilai projek itu bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dan memberikan gambaran sebenar berhubung projek berkenaan.“Pembentukan audit bebas ini juga akan turut dapat memperbetulkan salah faham yang tercetus dan mengembalikan imej syarikat yang dicemari tuduhan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|