CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Penjara pemandu nahas maut dikaji

[Copy link]
Post time 25-1-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Polis harap hukuman mandatori tingkat kesedaran\rKUANTAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan hukuman penjara mandatori ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata saranan itu harus diperhalusi  bagi memastikan keberkesanannya.\r\r\n\n\n\n\n“Jika hukuman penjara mandatori ke atas pesalah boleh menyedarkan orang lain daripada melakukan perkara sama, kenapa tidak kita lakukan,” katanya ketika mengulas cadangan Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye yang mahu kerajaan mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan maut.\rLam Thye berkata, kerajaan juga perlu menimbang untuk memperkenalkan skim ‘pandu selamat, kurang bayaran’ yang bermaksud, pemandu mengikuti kursus pemanduan berhemah layak dikenakan bayaran premium insurans lebih rendah untuk kenderaan masing-masing. \rSalleh yang ditemui selepas tinjauan Ops Sikap ke-25 di Kilometer 20 Jalan Kuantan-Gambang, dekat Batu 12, semalam berkata, hukuman penjara mandatori hanya dikenakan kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut.\rSementara itu, beliau berkata, Ops Sikap pada hari kelapan menunjukkan perkembangan positif dari segi perangkaan kemalangan maut dan jumlah kematian berbanding tempoh sama pada Ops Sikap ke-23 Tahun Baru Cina tahun lalu.\r\n\n\n\r“Setakat semalam (kelmarin), sebanyak 82 kes kemalangan maut  membabitkan 93 kematian berbanding tempoh sama pada Ops Sikap ke-23 yang mencatatkan sebanyak 94 kemalangan maut dengan 103 kematian iaitu penurunan sebanyak 9.7 peratus jumlah kematian.\r“Penunggang motosikal menjadi penyumbang tertinggi kemalangan maut pada Ops Sikap kali ini apabila mencatatkan 48 kemalangan maut iaitu 60 peratus berbanding kenderaan lain,” katanya.\rBeliau berkata, jumlah saman yang dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan setakat kelmarin sebanyak 152,356 saman iaitu meningkat sebanyak 63 peratus berbanding tempoh sama pada Ops Sikap ke-23 yang mencatatkan 93,291 saman.\r“Saman yang dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan namun kesalahan paling banyak dilakukan adalah melanggar had laju iaitu satu daripada enam kesalahan yang diberi tumpuan pada Ops Sikap ke-25 ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062199 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list