CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

Palestin terus diiktiraf

[Copy link]
Post time 21-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Thailand negara ke-131 perakui kemerdekaan Palestin\rNEW YORK: Thailand mengiktiraf negara merdeka Palestin semalam, langkah dipuji pemimpin Palestin yang semakin bersemangat meningkatkan imej di mata dunia di tengah kebuntuan proses damai dengan Israel.\r\n\n\n\n\rThailand  sudah memaklumkan semua misi tetap dan pemerhati ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York mengenai pengiktirafannya, kata pegawai akhbar misi Thailand.\r\r\n\n\n\n\nDi Ramallah, pegawai Kementerian Luar Palestin memberitahu Thailand mengiktiraf negara itu mengikut kawasan pentadbiran sebelum Perang Enam Hari pada 1967.\r“Pengiktirafan Palestin sebagai negara oleh Thailand adalah yang pertama pada 2012 dan ia pencapaian baru bagi diplomat Palestin,” kata Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki, kepada agensi berita WAFA.\rRiyad berkata, pengumuman itu menjadikan 131 negara mengiktiraf negara merdeka Palestin.\rThailand mengiktiraf Israel pada 1954 dan mengekalkan hubungan mesra dengan wilayah Yahudi itu.\r\n\n\n\rThailand adalah destinasi utama pelancong Israel dan kedua-duanya bekerjasama dalam pertanian dan bidang lain.\rPresiden Palestin, Mahmoud Abbas, dalam satu kenyataan berterima kasih di atas langkah itu dan berkata prosedur akan dimulakan untuk membina hubungan diplomatik.\r“Abbas berterima kasih kepada Raja dan Kerajaan Thailand di atas pengiktirafan rasmi negara Palestin,” menurut kenyataan.\rJurucakap Kementerian Luar Thailand, Thani Thongphakdi, berkata pengiktirafan itu dipertimbangkan untuk beberapa waktu.\r“Kami anggap kini masa  sesuai untuk memberi pengiktirafan negara merdeka Palestin, yang dilputuskan awal minggu ini,” katanya.\rDia berkata, langkah itu tidak ada kena mengena dengan dakwaan baru-baru ini ke atas lelaki Lubnan dipercayai merancang serangan di Bangkok, yang dituduh mempunyai hubungan dengan pergerakan Hizbullah.\rSuspek ditahan berdasarkan risikan yang diberikan Israel, menurut pegawai Thailand dan Amerika Syarikat serta rejim Zionis itu memberi amaran kepada rakyat masing-masing mengenai ancaman pengganas di Bangkok.\rPalestin cuba mendapatkan pengiktirafan antarabangsa ketika rundingan dengan Israel masih tergantung berhubung isu pembinaan penempatan peneroka haram Yahudi.\rPada 2011, mereka diiktiraf beberapa negara selain memperoleh keanggotaan UNESCO. \rPalestin turut membuat bidaan menyertai PBB sebagai anggota penuh tetapi Washington mengancam menggunakan kuasa veto dan menggesa rundingan diadakan, berkata cuma penyelesaian politik dengan Israel yang membolehkan negara merdeka Palestin wujud. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.054019 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list