View: 247|Reply: 0
|
Filem bisu buat penonton marah
[Copy link]
|
|
LONDON: Pengunjung pawagam di Liverpool menuntut wang yang mereka bayar untuk membeli tiket bagi menyaksikan filem The Artist, dikembalikan selepas mereka menyedari bahawa ia sebuah filem bisu.\rFilem arahan pengarah Perancis yang memenangi tiga anugerah Golden Globe dan menerima jumlah pencalonan paling tinggi Akademi Seni dan Perfileman Televisyen Britain (BAFTA) minggu ini, diramal mencapai banyak kejayaan pada majlis Oskar bulan depan.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, sekumpulan pengunjung pawagam di Liverpool di barat laut England ternyata kurang senang dan meninggalkan panggung sebagai tanda protes, kerana filem berkenaan kurang menggunakan dialog dan ditayangkan menerusi skrin yang lebih kecil daripada biasa.\r\r\n\n\n\n\nJurucakap panggung Odeon Liverpool One, mengesahkan bahawa pihaknya sudah memulangkan bayaran wang tiket kepada sebahagian penonton yang tidak menyedari bahawa The Artist adalah filem bisu.\r“Pawagam kami berbesar hati untuk mengembalikan wang tiket berkenaan, apabila sebahagian mereka membuat aduan selepas 10 minit tayangan filem berkenaan bermula,” katanya.\rSeorang penonton, Nicola Shearer, 25, memberitahu akhbar Daily Telegraph, kakitangan panggung ada bertanya sama ada beliau mengetahui bahawa The Artist adalah sebuah filem bisu.\r“Saya memberitahunya memang mengetahui filem bisu itu.\r\n\n\n\rBeliau berkata, sebahagian penonton yang menyaksikan filem berkenaan meminta wang tiket mereka dikembalikan kerana filem itu tiada dialog, manakala skrin tayangan lebih kecil. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|