CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

Laman web protes tapisan di internet

[Copy link]
Post time 20-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Wikipedia, Google gusar alam siber tak lagi percuma\rWASHINGTON: Beratus-ratus laman web termasuk Wikipedia dan enjin carian popular, Google melancarkan bantahan online kelmarin kerana menentang satu perundangan yang dicadangkan oleh Kongres Amerika Syarikat untuk  menghapuskan cetak rompak di internet.\r\n\n\n\n\rWikipedia menutup ensiklopedia online bahasa Inggeris selama 24 jam sebagai membantah Akta Menghentikan Cetak Rompak Internet (SOPA) yang diperkenalkan anggota Dewan Perwakilan dan Akta Perlindungan IP (PIPA) di Senat.\r\r\n\n\n\n\n“Pada masa ini, Kongres Amerika menimbang untuk meluluskan rang undang-undang yang boleh merosakkan khidmat internet percuma dan terbuka. Oleh itu, kami menggelapkan Wikipedia selama 24 jam,” menurut mesej Wikipedia di laman webnya.\rTwitter, Facebook dan Craigslist enggan menutup operasi tetapi turut menyatakan protes terhadap SOPA dan PIPA.\rGoogle pula menggelapkan logo di laman web Amerika dengan warna hitam dan menyiarkan gesaan kepada pengguna supaya ‘Beritahu Kongres: Tolong Jangan tapis Web!’\rMengikuti jejak langkah Wikipedia termasuk laman berita sosial reddit yang menggesa pengunjung menghubungi ahli perundangan mereka atau menandatangani petisyen membantah rang undang-undang berkenaan di Dewan Perwakilan dan Senat.\r\n\n\n\r“Rang undang-undang itu membawa kepada penguatkuasaan hak cipta yang akan mengehadkan inovasi dan mengancam kewujudan laman web dengan menetapkan\rkandungannya mesti daripada pemiliknya,” kata laman web berkenaan.\rBlog kebudayaan dan teknologi, Boing Boing, turut menghentikan operasi bagi membantah apa yang digelarnya ‘perundangan yang pasti membunuh kita semua selama-lamanya.’\rReporters Without Borders pula menutup laman web bahasa Inggerisnya selama 24 jam dan memberi amaran rang undang-undang  akan mengorbankan kebebasan bersuara secara online atas nama memerangi cetak rompak.\rBlog WordPress.com turut menutup laman webnya dengan warna hitam sambil menyatakan bantahan terhadap ‘penapisan’. Begitu juga dengan majalah teknologi, Wired.\rRangkaian web komedi popular, Cheezburger, menyiarkan mesej membantah rang undang-undang itu pada semua 58 lamannya termasuk ‘icanhascheezburger.com’, ‘FAIL Blog’ dan ‘The Daily What’.\rDraf perundangan berkenaan, bagaimanapun, mendapat sokongan Hollywood, industri muzik dan Persatuan Pengeluar Kebangsaan, Dewan Perniagaan Amerika dan beberapa kumpulan berkaitan. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.040310 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list