CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Israel terpaksa tutup laman web

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bursa saham, syarikat penerbangan El Al sasaran penggodam Arab SaudiTEL AVIV: Perang siber terhadap Israel meningkat selepas satu lagi kumpulan penggodam dari Arab Saudi menyerang laman web bursa saham Tel Aviv dan syarikat penerbangan kebangsaannya, El Al menyebabkannya ditutup seketika.\rPergerakan pejuang Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza, menyifatkan serangan itu sebagai tamparan kepada kerajaan Yahudi berkenaan.\r\n\n\n\n\r“Ini bidang baru tentangan ke atas penceroboh dan kami menggesa belia Arab membangunkan kaedah mereka dalam perang elektronik dalam berdepan dengan jenayah Israel,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, di Gaza.\r\r\n\n\n\n\nLaman web itu tidak mengandungi berita sensitif manakala penerbangan juga tidak terjejas akibat serangan itu tetapi gangguan dilaporkan turut berlaku di tiga buah bank.  \rSyarikat penerbangan El Al menutup laman webnya selepas serangan terdahulu memberi amaran dua laman web itu disasarkan oleh penggodam pro Palestin, kata sumber syarikat itu.\rIa berkata, mereka mengambil langkah keselamatan untuk melindungi laman web dan gangguan memang dijangka.\rJurucakap Bursa Saham Tel Aviv berkata, laman web itu dihujani permohonan elektronik yang melambatkan ia tetapi masih beroperasi. Pasaran saham tidak terjejas.\r\n\n\n\rPakar siber berkata, Israel sasaran biasa penggodam online. Tiada laporan sahih mengenai laman web sulit kerajaan digodam.\rBeberapa minggu lalu, laman web perkhidmatan pengintipan Israel dan laman web rasmi lain ditutup tetapi kerajaan menafikan ia perbuatan penggodam dan menyifatkannya masalah teknikal.\rIsrael adalah pemimpin dunia dalam keselamatan siber dan agensi keselamatan dalam negeri, Shin Bet, menyediakan perkhidmatan nasihat kepada sektor perniagaan seperti bank dan utiliti awam.\rGangguan online juga berlaku di tiga bank iaitu Bank Kebangsaan Pertama Israel (FIBI) dan dua anak syarikat, Bank Massad dan Bank Otzar Hahayal.\rJurucakap bank berkata, laman pemasaran mereka digodam tetapi ruang perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043227 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list