CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

'Facebook, Twitter bukan cara saya'

[Copy link]
Post time 17-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PELAKON Siti Shahrizah atau Eja mengakui dirinya seorang konservatif kerana tidak memiliki Facebook mahupun Twitter, meskipun golongan artis berlumba-lumba menjadikan laman sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan peminat.\rPada waktu sama, medium itu turut menjadi tempat meluahkan perasaan terbuku di hati, malah ada juga sebahagian selebriti menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk berbalah.\r\n\n\n\n\rAktres yang berjaya menempatkan dirinya dalam senarai Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu bagaimanapun tidak kisah dilabel ketinggalan zaman. \r\r\n\n\n\n\nCara dia mendekatkan diri dengan peminat bagai memadai menerusi karya lakonannya, kerana kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, laman sosial hanya akan menyebabkan dia kehilangan kehidupan privasi.\r“Ketakutan berlaman sosial membuatkan saya lebih selesa membiarkan karya yang menceritakan segala-galanya mengenai diri saya. Walaupun tidak berkomunikasi dengan peminat, tetapi mereka masih lagi memberikan sokongan.\r“Alhamdulillah, 2011 ialah tahun bertuah untuk saya apabila memenangi dua anugerah untuk filem Janin. Karya itu sekali lagi mengangkat nama saya apabila berjaya berada dalam senarai Top 5, ABPBH kali ini.\r“Lebih istimewa, sebelum ini empat kali nama saya dicalonkan untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular, tetapi tahun ini nama saya dicalonkan untuk kategori berbeza pula. Saya bersyukur walaupun tanpa laman sosial, peminat masih ingat dan sanggup bersusah payah untuk mengundi.\r\n\n\n\r“Saya tidak selesa mempunyai akaun Facebook dan Twitter kerana apabila memilikinya nanti, saya bimbang akan menulis segalagalanya termasuklah mengenai kehidupan peribadi. Daripada kisah peribadi diketahui umum, lebih baik untuk tidak memilikinya,” katanya yang pernah memenangi kategori Pelakon TV/VCD Wanita Popular pada ABPBH2004. \rResipi digunakan pelakon yang mula dikenali kerana drama bersiri Rahsia Demi Rahsia ini adalah bersikap selektif di dalam memilih karya.\r“Saya tidak mahu berlakon ratusan drama dan puluhan filem, tetapi tidak meninggalkan sebarang kesan kepada penonton,” katanya penuh yakin.\rSepanjang 15 tahun bergelar pelakon, kata Eja, penonton boleh membilang sendiri berapa banyak drama dan filem pernah dijayakannya.\rMemang menjadi prinsipnya melihat kepada warkah, jalan cerita serta karakter yang hendak dibawakan terlebih dulu sebelum menerima sesuatu tawaran.\r“Saya berlakon bukan untuk hiburan semata-mata. Prinsip saya, setiap kali berlakon kenalah ada impak yang besar, biarlah kualiti lakonan mengatasi kuantiti drama dijayakan.\r“Bukan apa, jika saya tiada satu hari nanti, biarlah generasi baru dapat menerima lakonan saya. Saya mahu menjadi seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang masih disanjung sehingga kini. Disebabkan keinginan itu, saya mengambil keputusan bersikap lebih selektif,” kata Eja yang bersyukur dengan pencalonan ini setelah namanya tercicir tiga kali.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037501 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list