CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Ketampanan lelaki tingkat peluang hamil

[Copy link]
Post time 16-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PHILADELPHIA: Satu kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Pennsylvania menyatakan bahawa  penampilan fizikal dan ketampanan seseorang lelaki mempunyai fungsi besar untuk meningkatkan peluang kehamilan pasangannya.\rKumpulan penyelidik di universiti itu mendapati daya tarikan fizikal lelaki mempunyai kaitan dengan kepuasan bercinta bagi pasangannya dan mempengaruhi peluang kehamilan.\r\n\n\n\n\rPenyelidik berkenaan menjalankan kajian ke atas 110 pasangan yang datang dari pelbagai wilayah di Amerika. Mereka mengambil gambar lelaki terbabit dan mengukur bentuk tubuh berdasarkan penilaian tubuh yang ideal.\r\r\n\n\n\n\nResponden wanita kemudian diminta membuat penilaian berdasarkan susunan gambar dan menyatakan tahap kepuasan ketika bercinta dan berasmara.\r“Hasil penelitian yang dijalankan menunjukkan, wanita memperoleh lebih kepuasan jika pasangannya mempunyai tubuh dan wajah yang dianggap penarik.\r“Kami juga mendapati responden wanita yang memiliki pasangan tampan, cenderung untuk mempunyai ramai anak,” kata  seorang penyelidik dalam kumpulan itu.\rBagaimanapun, hasil kajian itu menimbulkan kontroversi dan ia dipercayai menyebabkan lelaki berwajah tampan berasa angkuh.\r\n\n\n\rPakar kesihatan dan terapi seks dari New Zealand,  Robyn Salisbury,  berkata beliau meragui wujudnya kaitan antara kepuasan bersama pasangan tampan dengan peningkatan peluang kehamilan.\r“Ketampanan pasangan mungkin menjadi  satu faktor  mempengaruhi kehamilan, tetapi ia bukanlah faktor utama,” katanya.  –  Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034547 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list