CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6195|Reply: 55

JANGAN ANGKUH DENGAN WANG HARAM

[Copy link]
Post time 15-1-2012 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by GuaAnakMelaka at 15-1-2012 19:49

http://4.bp.blogspot.com/-Qu69QWKyV24/TxK1S5BEtmI/AAAAAAAAEb4/EN7XI1dv-8w/s1600/forex%2B2.jpg

Tahukah anda sebenarnya urusniaga FOREX menggunakan platform di internet untuk mendapat keuntungan adalah HARAM hukumnya.


Sebarang bentuk urusniaga FOREX yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan hukumnyaHARAM!!!

Ia terlibat dengan riba' dan gharar, perkara yang amat ditegah di dalam Islam.





Transaksi antara matawang dengan matawang secara tangguh akan menghasilkan ‘Riba an-Nasiah’ yang diharamkan secara sepakat oleh seluruh Ulama Islam. Ia juga adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI).

Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani’, Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya’quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.


Bukan sahaja hukumnya HARAM di sisi Islam, kerajaan Malaysia melalui Bank Negara juga menegah rakyat Malaysia daripada melibatkan diri dalam bidang ini. Hanya individu atau agensi yang berlesen sahaja dibenarkan membuat urusniaga FOREX.

Fikirlah... usah berikan anak, isteri dan ahli keluarga anda makanan daripada hasil pendapatan yang haram.

Mungkin anda masih memerlukan pendapatan sampingan untuk menyara diri dan keluarga.

Ya, akibat kos sara hidup yang tinggi dan lebih-lebih lagi harga barangan keperluan kerap meningkat saban masa, pendapatan bulanan semakin tidak mencukupi.

Usah babitkan diri lagi dengan urusniaga FOREX yang sudah ternyata HARAM hukumnya.


Marilah kita berniaga dan melakukan perniagaan yang halal




Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah. Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1),(2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran
Wang (AKPW) 1953. Mana-mana individu dilarang sama sekali berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.

Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard = leverage, riba al-nasi’ah = rollover interest, qabd, menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi spot forex secara online oleh individu adalah tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli matawang (bay‘ alSarf).”




sumber : zaharudin.net/fatwa islam antarabangsa.




BERNIAGALAH WALAUPUN UNTUNG 1 SEN jika ianya halal dan jauhkan bisnes haram walaupun untung BERBILION2...............





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2012 07:27 PM | Show all posts


BERTAUBATLAH ORG ISLAM.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 07:29 PM | Show all posts


JAUHI FOREX!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:17 PM | Show all posts
Haaaahhhhhhhhhhhhh...mcm nak kenekan seseorang je ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:19 PM | Show all posts
satu lg..jgn lupa..MLM..hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:23 PM | Show all posts
amboi sampai bukak thread baru....
aku x boleh nk reply kt thread tt yg lagi 1 tu... so aku teruskan kt sini je lah.... bole ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2012 08:30 PM | Show all posts
kalau ada unsu2 yg tak menyenangkan jugak kat sini.....thread ni aku akan letak RP...harap maklum....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:34 PM | Show all posts
Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani’, Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya’quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.

bole tt bg pencerahan tentang latar belakang penceramah ini?.... aku boleh google.. tp aku nk pandangan secara keseluruhan dari tt ...secara ringkasan umumnya.... lebih mesra kan.... apa faktor tt percaya 100% dengan penceramah2 diatas.. kita bincangkan sama2..boleh?...

p/s... sekarang ni kita kena berhati-hati dgn penceramah .sebelum percaya 100% apa yg disampaikan better kita tahu serba sedikit tentang latar belakang penceramah itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 08:35 PM | Show all posts
benda haram mmg susah nak ditinggalkan!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:39 PM | Show all posts
Haaaahhhhhhhhhhhhh...mcm nak kenekan seseorang je ni ..
medangmru Post at 15-1-2012 20:17



Bukan nak kenakan Medang....tapi rasanya TT nak mengingatkan sesama kita.....
Kan dah huru hara hidup sbb forex....dah mcm gambling le pulak.....
Hari-hari nak kena ngadap dia, pastu hutang sana, hutang sini nak cover MC......
Dah settle,buat lagi......

Oops.....berleter panjang le pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:42 PM | Show all posts
kalau ada unsu2 yg tak menyenangkan jugak kat sini.....thread ni aku akan letak RP...harap maklum... ...
medangmru Post at 15-1-2012 20:30



    sebenarnya mod sudah tahu niat asal tt thread ni (niat untuk menjatuhkan forumer lain)....tp apakan daya MUNGKIN mod mengamalkan sikap "double standart" dlm situasi ini.aku forumer baru.terpaksa la bersusah payah mempertahankan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by medangmru at 15-1-2012 21:07
sebenarnya mod sudah tahu niat asal tt thread ni (niat untuk menjatuhkan forumer lain).... ...
fazil_afizi Post at 15-1-2012 08:42 PM


tak pernah lagi rsnya aku double stended sepanjang jadik MOD ...dan kata2 ko tu sendiri buat aku kurang senang...dengan "tuduhan yg agak keras yg aku rs sukar aku nak terima...camner la org lain boleh terima yek.....aku mohon jgn susah2kan poremer lain sbb aku aku pun takmo susahkan poremer2 kat sini.....kalau boleh gunakan ayat berlapik dan jgn buat tuduhan semborono sedemikian rupa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:05 PM | Show all posts
Bukan nak kenakan Medang....tapi rasanya TT nak mengingatkan sesama kita.....
Kan d ...
jazaa Post at 15-1-2012 08:39 PM



   Yaaaaaaa....ini aku setuju.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:15 PM | Show all posts
tak pernah lagi rsnya aku double stended sepanjang jadik MOD ...dan kata2 ko tu sendiri buat aku ...
medangmru Post at 15-1-2012 21:05



    oklah aku mohon maaf atas tuduhan td... aku rs sedikit kecewa sbb tiba2 aku "xboleh masuk" thead tt yg lg 1 tu.seolah-olah mod x bg aku ruang untuk mempertahankan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:23 PM | Show all posts
oklah aku mohon maaf atas tuduhan td... aku rs sedikit kecewa sbb tiba2 aku "xboleh masuk" ...
fazil_afizi Post at 15-1-2012 09:15 PM


Ok...therad tu agak keras dan aku menggunakan budi bicara ( disamping atas permintaan dari TT ) untuk naikkan RP, Lock thread, bump/down thread , unlock therad dan dibawah bidang kuasa MOD ....so aku nampak yg thread tersebut mungkin akan timbulkan situasi serta suasana yang kurang jernih serta tenteram...aku tak bermaksud untuk sebelahkan sesaper ....sebagai MOD...aku kene bersikap neutral ( walaupun mungkin kdg2 aku tak boleh nak neutral : special kes )...harap maklum dan memahami..

ini cara aku....MOD lain mungkeng akan kenekan tindakan bg warning....delete post....move post dan sebagainya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:39 PM | Show all posts
Ok...therad tu agak keras dan aku menggunakan budi bicara ( disamping atas permintaan dari TT )  ...
medangmru Post at 15-1-2012 21:23



sebenarnya aku aktif di forum lain selama 5 tahun n aku sengaja aku nk cuba ubah angin di forum "CARI" sebab ade testimoni dr forumer lain tentang forum ni.apapun aku mohon maaf kepada MOD kerana posting aku agak kasar.
timbulnya rs hormat aku pada MOD -medangmru kerana lebih mesra & bertimbang rasa pada forumer.nice job MOD.

p/s..kepada tt... x usahlah kita berbohong.... aku dah tgk profile tt... tt register pada 24/7/2011.web tt pun aku dah tgk... "sangat menarik"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 09:43 PM | Show all posts
memandangkan avatar mod berlogokan "cromok" aku hadiahkan special performance dari carl cromok -
http://www.youtube.com/watch?v=u0R2RzCDxpI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 10:21 PM | Show all posts
Reply 16# fazil_afizi


   bro..jom kita lepak forum  ni pula...apa macam?
http://2.bp.blogspot.com/-MOzKoFwP0Rg/TxHEfpyUd2I/AAAAAAAAEY4/h2MbAzlC51A/s1600/forumarab.jpg

layannnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 10:24 PM | Show all posts
Reply 16# fazil_afizi


   lagi satu yang ko kata BANK NEGARA pun main FOREX nanti aku faks surat kat BANK NEGARA ESOK...
nak tunggu apa jawapan mereka.....faks sekarang x boleh sebab dah tutup....

"Ya Allah kurniakan kami rezeki halal dan jauhkan kami rezeki haram..........................aminnnnnnnnnnn..."


"Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya."

Hadis Riwayat Imam al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 10:29 PM | Show all posts
Reply 10# jazaa


   DAH BERBUIH AKU NASIHAT KAWAN2 YG MAIN FOREX......TP DEPA X NAK DENGAU....DEPA KATA CAMNA NAK TINGGAL?SEHARI UNTUNG 2K......
XPALA..BAK KATA  LAHABAU  "KUBUR HANG LAIN..KUBUR AKU LAIN..."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.076637 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list