CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Coli tepat hidup sihat

[Copy link]
Post time 15-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sakit punggung jika guna bra salah saizJAKARTA: Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di seluruh dunia tersilap saiz pakaian dalam khususnya bra atau coli.\rAkibatnya, wanita terbabit menghadapi masalah sakit punggung atau tulang belakang dalam jangka panjang dan apabila dibiarkan berlarutan padahnya mungkin bertambah kronik.\r\n\n\n\n\r   Dr Magiliene Rosalina berkata, seorang chiropraksi (ahli terapi penyakit tulang belakang), menggunakan bra yang kurang tepat atau tidak sesuai menyebabkan kerosakan kekal terhadap payudara.\r\r\n\n\n\n\n   “Bila bra terlalu ketat, payudara anda akan ditekan sehingga menghalang peredaran darah dan itu boleh menyebabkan kegatalan kepada penggunanya. \r“Namun, apabila terlalu longgar pula, payudara anda akan kendur kerana tiada sokongan secukupnya, justeru penting untuk menggunakan bra yang tepat setiap hari,” katanya ketika rancangan bual bicara ‘The Right Support - Sorella’.\rRosalina mendedahkan, antara 70 hingga 80 peratus wanita di dunia menggunakan ukuran bra yang salah. \rMalah, tujuh daripada 10 wanita di Indonesia tidak sedar pentingnya kesihatan dengan menjaga payudara.\r\n\n\n\rMenurut alumni fakulti kedoktoran umum Universiti Trisakti itu, payudara boleh berubah ukuran pada masa tertentu dan bra tidak sesuai dengan bentuk payudara akan membuatkannya tidak selesa dan memberi kesan jangka panjang yang cukup buruk.\r“Kes penyakit berkaitan bra gagal dikesan secara langsung. Biasanya doktor mengenal pasti ketika pesakit mengadu sakit punggung, dan apabila diperiksa ternyata ia akibat salah ukuran coli,” katanya.\rPengurus Pemasaran Sorella, Lucia Niken, berkata kempen ‘Right Support’ diadakan bagi membantu wanita Indonesia memilih bra yang tepat serta sesuai dengan payudara masing-masing ke arah membantu mereka menjalani cara hidup sihat.\r“Dengan kempen ini, Sorella mengajak wanita Indonesia tahu bahawa ukuran payudara yang sebenar dapat membantu memberikan sokongan setiap saat,” katanya ketika promosi kempen berkenaan. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.042866 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list