View: 146|Reply: 0
|
Pelajar kita maut alah ubat jerawat
[Copy link]
|
|
Mangsa alami sindrom Stevens-Johnson SINGAPURA: Seorang pelajar politeknik dari Malaysia di sini maut selepas didakwa mengalami alahan kepada ubat jerawat yang diambilnya.\n\n\n\nChristopher Kok Fook Loon (atas), 18, pelajar di Politeknik Nanyang, meninggal dunia Selasa lalu.\n\n\n\n\nBeliau dipercayai mendapat sindrom Stevens-Johnson, satu tindak balas jarang dan teruk ke atas kulit selepas mengambil ubat jerawat, lapor Shin Min Daily News kelmarin. Tidak jelas dari mana dia mendapat ubat terbabit.Teman wanitanya dikenali sebagai Miss Lim menulis dalam Facebook bahawa Kok mula tidak sihat minggu lalu dan mengambil ubat kerana demam.Namun keadaannya semakin teruk Khamis lalu. Beliau dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dan dirawat di unit rawatan rapi.Miss Lim menyatakan bahawa jantung Kok berhenti berdenyut Jumaat lalu, namun doktor berupaya menyelamatkannya. Bagaimanapun, mangsa koma dan mengalami kegagalan organ. Beliau meninggal dunia Selasa lalu.\n\n\nPihak berkuasa sains kesihatan dalam laman webnya berkata ia menerima laporan 290 kes alahan teruk kulit berkaitan ubatan seperti sindrom Stevens-Johnson, antara 2003 dan 2008.Profesor Madya Christine Teng, yang mengetuai Persatuan Farmaseutikal Singapura berkata sindrom berkenaan boleh disebabkan akibat penggunaan ubatan tertentu.Sesetengah ubatan biasa yang dilaporkan menyebabkan sindrom berkenaan termasuk beberapa antiobiotik, anti-sawan dan ubatan anti-gout.Prof Teng berkata simptom termasuk demam, sakit tekak serta ruam merah dan biru yang merebak selain lebam. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|