View: 8861|Reply: 34
|
Perlu pendapat... Conpius Conpius...
[Copy link]
|
|
Ada sesapa x yg dlm forum ni dah biasa dgn online coupon mcm dkt groupon, dealmates, dan couponhouz tu... bleh minta penjelasan tak mcm mana benda-benda ni berfungsi... Yang pernah guna benda2 ni, minta guide ckit... |
|
|
|
|
|
|
|
hurm..x penah guna..tp tgk kbykan promo dia mmg murah sgt2..
espeseli for holiday n travel..
tgk holiday in krabi thailand mmg murah sgt2..huhuuh..
mmg worth it..
juz rm179 for 3d2n..include brekfast..mmg murah giler..
TT nk ambik per?
semua ni pakai CC kot..ad CC ker? |
|
|
|
|
|
|
|
waaa... aku la pembeli tegar sgale macam groupon, milkadeal, mydeal, ilovediscount tu semua..
habes duit gaji aku beli benda2 kat situ.. hahaha..
senang je nak guna menda alah ni..
1. ko log in kat website dia..
2. ada yang ko berkenan.. ko tekan la buy now
3. then dia akan suh ko buat online payment.. selalunya via credit card.. aku tak sure online banking boleh ke tak
4. after dah buat payment.. dia akan email ko coupon/voucher yg ko beli tu
5. ko print coupon/voucher tu
6. bawak pergi tempat mana yg ko dah bli tu.. spa ke.. bowling ke.. macam2 la..
7. if ko bli voucher kedai makan.. ko just pergi kedai makan.. makan.. then bg voucher tu kat kedai makan tu.. tak payah byr lagi kat kedai tu dah.. sebab kau dah byr online kan
stakat ni kau paham tak apa yg aku cakap ni? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku paham... so far cik tigger mmg takde masalah ek nak guna kupon-kupon ni sume? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa mcm dh ada org bukak thread pasal nie jer |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni reliable la. memang save bnyk. member baru beli voucher ke bali. dari RM1k plus tinggal RM700 plus jek
payment da buat online, so just print and bring the printed voucher to the store. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply CikTigger
Terima kasih yer CikTigger menerangkan dengan panjang lebar... Sy dah faha ...
xwonder Post at 12-1-2012 15:07
mana lagi elok tu tak leh nak cakap.. sebab dia org punya promotion barang lain2.. bukannya sama.. couponhouz tak pernah dgr la plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# nuryakmal
Wah! Untungnya... Tp kalau katalah kita x dpt pula nak pergi time tu mcm mana ek...? Bleh refund ker...? Kalo refund dpt full payment ker ada kena potong2...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# xwonder
rasa tak boleh refundkot . kena tengok terms and condition dia la.... |
|
|
|
|
|
|
|
baru ku tau kupon ni semua kena bayar.. ku pikir kan pree jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pun aku pikir gitu juga... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesapa x yg dlm forum ni dah biasa dgn online coupon mcm dkt groupon, dealmates, dan couponhouz ...
xwonder Post at 12-1-2012 11:18
Sangat bagus sebenarnya kamu membuka thread berkaitan tawaran voucher online ini, aku adalah salah seorang yang fanatik dengan pembelian voucher ini. Mereka (syarikat-syarikat) menawarkan harga yang lebih murah, dengan tawaran harga runtuh diskaun sehingga 90% ada ketikanya. Bukan hanya terhad pada Groupon, tapi aku juga ketagih menggunakan servis Everyday, Mydeal, Groupego, Juzdeal, Milkadeal, Hahaha dan banyak lagi. Boleh kata aku dah pernah berusan dengan semua jenis syarikat yang serupa, dari tawaran dari diskaun makanan, hotel, penjagaan kereta sehinggalah barangan rumah banyaknya aku beli melalui voucher ini saja.
Kembali pada soalan kamu di atas, macam mana menggunakan service Groupon ini bukan?. Mudah saja sebenarnya, berikat cara-caranya :
1. Sebaiknya ada akaun facebook, lebih memudahkan kerana bila kamu masuk laman sesawang mereka iaitu http://www.groupsmore.com/ maka kamu hanya perlu login dengan butang yang ada ikon 'f' merujuk pada facebook.
2. Kamu 'Like' laman sesawang mereka, ini memudahkan kamu untuk melihat service dan tawaran terkini yang mereka update.
3. Pilih lokasi tawaran yang kamu hendak, sama ada 'Klang Valley' atau 'Penang'. Sekiranya kamu pilih 'Klang Valley', ia akan memaparkan semua tawaran di sekitar lokasi yang dipilih.
4. Kamu berkenan dengan satu diskaun yang di tawarkan, contohnya tawaran dari The Manhatten Fish Market http://www.groupsmore.com/cities ... ttan-fish-market--2 jadi kamu hanya perlu klik butang 'Buy Now'.
5. Pilih berapa kuantiti voucher yang kamu hendak, kalau nak beli 1 tulis 1 dan berikutnya. Contoh kamu dah beli 1 voucher, jadi jumlahnya adalah Total price: RM41.50 kemudian pilih jenis bayaran untuk pembelian kamu.
6. Boleh bayar menggunakan service 'credit card' atau 'online bank trasfer' seperti maybank2u atau cimbclicks.
7. Masuk akaun kamu, kemudian klik pada 'My Coupon' dan akan terpapar pembelian kamu. Tapi voucher itu belum lagi aktif, bila tawaran ini tamat contoh 30 Septermber 2011 maka 1 Oktober kamu masuk balik akaun kamu dan print voucher kamu tu.
8. Pada voucher tu akan di paparkan tarikh sah laku voucher itu nanti, contohnya untul voucher tadi adalah "Redemption period: Oct 3, 2011 – Nov 3, 2011" maka kamu boleh saja tebus voucher kamu pada tarikh yang disertakan.
9. Sebelum kamu menebus voucher tu nanti, kamu baca betul-betul syarat yang disertakan. Sebab banyak tawaran diskaun adalah bergantung pada terma dan sayaratnya, contohnya voucher termasuk cukai dan ada pula tanpa cukai. Ada pula yang perlukan tempahan 1-3 hari terlebih awal dan ada juga yang tanpa perlu tempahan dan hanya terus datang saja ke outlet mereka.
Harap dapat membantu, topik ini sangat bagus dan di harap tidak ditutup.
Nak tahu lebih rujuk thread lama : http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=599792&rpid=45819398&ordertype=0&page=2#pid45819398 - (GroupON)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada geng rupanya di sini nanti boleh lah kita bertukar-tukar cerita, aku pun salah seorang y ...
dr.R Post at 13-1-2012 15:24
hahaha... same la... sampai member aku nak block semua website2 ni sebab dia kate aku boros.. duit aku byk habes kat website2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku paham... so far cik tigger mmg takde masalah ek nak guna kupon-kupon ni sume?
figurae Post at 12-1-2012 12:36
Macam aku tak pernah ada masalah, tapi tengok ada T&C juga sebab ada yang perlukan 1-3 hari untuk reservation dan ada juga first come first serve. Tapi aku ada beberapa pengalaman yang kurang menarik beli melalui Everyday.Com, aku beli voucher kat satu cafe/restoren tapi bila aku nak redeem rupanya cafe tu dah tutup. Sakitnya hati memandu jauh semata nak redeem tapi rupanya cafe dah tutup, terpaksalah aku makan di tempat lain.
Aku email dan telefon customer service (CS) Everyday.com, untuk maklumkan masalah tu, telefon tak berjawab dan bila email tak berjawab juga. Tak lama lepas tu dalam 3 hari kemudian dapat email kata cafe dah tutup dan pada siapa yang tak redeem lagi boleh email balik untuk proses refund, dia bagi 2 pilihan kalau masuk terus ke bank kita contoh harga rm40 dia masukkan terus rm40 tapi kalau masuk dalam akaun Everyday.com kita (supaya kita terus jadi pelanggan diorang) kita akan diberikan rm45 iaitu extra rm5. Syarat dia hantar sebelum 30 Disember dan selepas itu sebarang email dan telefon tidak akan dilayan, aku hantar jugalah dalam sebulan tu 3-4 email.
Jadi tunggu punya tunggu aku tengok pada akaun Everyday.com aku tak ada pula duit refund tu, bila aku email diorang tak juga balas dan aku telefon barulah dapat bercakap dengan CS diorang. Membebel lah aku panjang lebar dan tahu apa jawapan CS tu? dia kata saya lambat bagi respond maka duit refund tidak boleh dapat, membebel lah aku kata email aku dah hantar sampai 3 tak kan tak dapat? entah macam mana CS tu terus tutup telefon aku memang kurang ajar CS diorang tu.
Aku pergi semua deal yang baru diorang tawarkan pada haritu dan belum ada sesiapa komen lagi, pada semua deal terbaru aku copy paste saja komplen aku dan tak sangka ramai yang reply komen aku dengan masalah yang sama. Kemudian ada CS di website yang reply posting aku tadi kemudian menyuruh aku periksa email terbaru mereka hantar, pada email terbaru dikatakan aku tak layak refund sebab lambat berikan respond sama seperti alasan sebelum ini. Memang aku angin dan aku terus masuk folder email (Sent) yang ada history pernah hantar dan aku copy paste gambar email tu letak di website diorang yang aku pernah hantar email pada "11, 17 % 25 November" barulah kononnya kesilapan teknikal lah apa lah dan suruh aku check akaun aku serta merta.
Aku check dah ada terpampang rm40 pada akaun aku tu, tapi aku tak mahu dah dan aku nak diorang masukkan rm40 tu kat dalam bank aku (Maybank) dan secara serta merta tu juga aku dapat rm40 thru online banking dan panjang berjela la juga bermintaan maaf diorang. Kemudian ada CS diorang wakil minta maaf dan diorang masih kekalkan rm40 dalam akaun aku sebagai sagu hati katanya, tapi dengan syarat aku delete komplen aku pada deal diorang tu. Tapi aku cakap tak ada masa nak delete sebab aku sibuk (sebenarnya aku dah geram sangat masa tu), kemudian CS tu kata kalau macam tu diorang deletekan boleh? aku pun malas nak panjangkan perbalahan dan kata terserah saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# dr.R
banyak nye... tak tahu pun kewujudan kupo-kupon ni sume
yg tahu pon milk-a-deal je
bahaya nih |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|