CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Bekas jeneral Turki kena tahan

[Copy link]
Post time 7-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kenyataan di internet punca Mehmet Ilker Basbug ditangkap\rANKARA: Bekas panglima tentera tentera Turki, Jeneral Mehmet Ilker Basbug, 68, ditahan dan dipenjarakan semalam selepas didakwa cuba memecah belahkan kerajaan Islam Turki menerusi satu kempen internet.\r\n\n\n\n\rPenahanan ini menjadikan beliau  pegawai paling kanan dipenjarakan dalam satu siri siasatan terhadap komplot  menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.\r\r\n\n\n\n\nBasbug kini ditempatkan di sebuah penjara berhampiran Istanbul selepas disoal siasat selama tujuh jam oleh pendakwa yang menyiasat dakwaan bahawa tentera membiayai berpuluh-puluh laman web bagi tujuan memperlekeh kerajaan berteraskan Islam pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan pada 2009.\rBeberapa  suspek termasuk jeneral dan laksamana kanan, berkata mereka bertindak dalam satu rangkaian  yang diarahkan Basbug ketika beliau mengetuai angkatan tentera. Beliau bersara pada Ogos 2010. \rPenahanan ke atas bekas panglima tentera itu, sesuatu yang hampir mustahil dilakukan beberapa tahun lalu, dilakukan ketika kerajaan yang menang tiga penggal pilihan raya berusaha mengurangkan pengaruh tentera dalam pentadbiran negara. Pemimpin tentera sebelum ini pernah merampas kuasa sebanyak tiga kali dan memaksa perdana menteri pertama daripada parti Islam, Necmettin Erbakan meletak jawatan pada 1997.\rPeguam Basbug, Ilkay Seze berkata, anak guamnya menafikan dakwaan yang dikemukakan ketika soal siasat, manakala stesen televisyen NTV melaporkan, bekas jeneral itu mendakwa tuduhan ke atas beliau sebagai tidak berasas.\r\n\n\n\r“Jika saya didakwa mahu menjatuhkan kerajaan, hanya kerana saya mengeluarkan kenyataan melalui satu dua berita di internet , ia sesuatu yang tidak masuk akal. Jika saya mempunyai niat buruk kepada negara, saya boleh melakukan tindakan lebih keras kerana saya adalah  panglima kepada 700,000 anggota pasukan keselamatan.\r“Saya sebagai bekas Ketua Staf Tentera ke-26 Republik Turki didakwa mewujudkan dan mengetuai sebuah pertubuhan pengganas. Maka saya menyerahkannya kepada rakyat ini untuk membuat keputusan,” katanya kepada wartawan sebelum dibawa ke penjara.\rDakwaan konspirasi yang dilakukan Basbug dilaporkan kali pertama oleh sebuah akhbar Turki pada 2009. Ia menyiarkan salinan apa yang didakwa rancangan untuk mencemarkan reputasi kerajaan pimpinan Erdogan dengan menggambarkan ia sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah.\rSiasatan ke aras laporan itu tidak dapat diselesaikan kerana dokumen asal yang didakwa ditandatangani seorang kolonel angkatan tentera laut, gagal ditemui.\rSiasatan dimulakan kembali tahun lalu selepas seorang pegawai tentera yang tidak dinamakan didakwa menghantar dokumen asal itu ke pejabat ketua pendakwa di Istanbul. – AP/AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.063477 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list