View: 9790|Reply: 50
|
Pengalaman dgn housemate
[Copy link]
|
|
Aku ni still study kat sebuah ipta. aku duk rumah sewa ni. kira aku mcm org first yg dpt pegang kunci and masuk rumah ni la. so housemate aku bertukar ganti. ada student ada yg kerja la. tapi berdasarkan apa yg aku lalui, aku cuma pernah ada 2 orang housemate yg pembersih. sorang ni kerja la. dia mmg pembersih. bagi aku dia ni dah cukup pembersih. tandas sume clean n keadaan rumah teratur. and aku ada mindset yg student takkan ada yg pembersih. mesti sume rumah diorang lintang pukang. tp persepsi aku berubah bila aku dapat sorang housemate baru ni. org dia baik, putih, kemas etc. tapi at first aku mmg tak anggap dia ni seorang yg pembersih pun hanya disebabkan dia ni student. boleh?
baru2 ni aku balik dari cuti. masuk rumah je, aku tercengang. korang nak tau sebab apa? mula2 aku mesti la lalu ruang tamu dulu kan. bersih, karpet yg dulunya lintang pukang kini dah tersusun elok. kemudian aku masuk dlm toilet, aku tercengang! klu dulu aku dah cukup berpuas hati dgn keadaan toilet/bilik mandi masa org yg keje tu dok, skrg ni kalau aku nak cite mcm mana keadaan toilet tu mcm mana pun taktau. mmg bersih sebersih alam. ok camni la. korang pernah tgk tak iklan sabun pencuci pinggan? tak kira la jenama apa pun. korang dapat tak beza pinggan tu sebelum dan selepas dicuci dgn pencuci dlm iklan tu? haaa mcm tu la. sebagamana kilatnya pinggan tu, mcm tu la kilatnya toilet aku skrg.
sejak tu mmg aku dah respect ar kat mamat ni. dia bukan je kemas, putih malah org dia pun kemas bab2 rumah ni. sedangkan student lagi kot. ok kpd sesiapa yg pernah jadi student and pernah sewa rumah, aku nak kira bape kerat je housemate korang yg betul2 pembersih sampaikan toilet jadi kilat mcm pinggan yg dah kena cuci dlm iklan tu? memang bersih yg amat. tiba2 aku rasa beruntungnya sape yg dpt dia ni.
aku? aku entah la. aku ni jenis yg pemalas sikit. tapi aku still rasa nak jadi pembersih as in bilik kemas. aku bukan la yg jenis pengotor. tapi bilik aku tu kadang2 masa dah mula2 kemas elok la. lama2 makin bersepah dari hari ke hari. tapi aku sentiasa ada keinginan dan rasa cam inspired ar tgk org2 yg bilik/rumah diorang kemas ni. aritu aku gi rumah kawan aku ni, sorang mamat ni ensem n kemas ar luaran dia. tgk bilik dia perghhh kemas gila. aku entah la sdg mencuba utk jadi camtu la kot.
korang lak jenis yg camne? or nak share pengalaman korang dgn kerenah housemate korang ke silakan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by prettyuglybabe at 3-1-2012 20:17
cerita pasal housemate ni, aku rasa boleh buat buku. macam-macam peel la aku dah pernah hadap. housemate lebih dari 10 orang rasanya. ada yang ingat, ada yang lupa.
rumah pertama aku sewa lepas bekerja. tengok muka cam bersih. tapi ada sekali lepas mandi, depan mata aku, dia amik deodorant aku (aku baru pakai beberapa kali) di gesek-gesek ke ketiak haprak dia. aku terkedu, terus aku buang. geli ketiak aku nak pakai deodorant tu lagi pastu semua barang aku simpan dalam lemari, kunci.
pastu dia bela kucing tapi tak reti nak bersihkan. sampai berbau satu rumah. ada sekali tu, masuk je, aku sampai nak muntah terus aku sound. tak jalan, aku pindah.
rumah kedua, pengalaman aku sewa dengan budak s'wak (sorry eh org s'wak). masalah kebersihan tu tak ada. cuma masalah attitude. sewa rumah sama-sama tapi dia buat macam rumah tu, dia sorang punya, orang lain menumpang je.
ada sekali tu aku nak cuci baju. washing machine belongs to other housemate. so aku dah masukkan baju aku, aku set function dari soak. so lama sikit la compare dari terus basuh. lepas 20 minit aku gi la jenguk baju aku. tengok-tengok dah nak siap bilas. hangin la aku. aku confront dia apasal dia usik baju aku. reason dia, dia tengok mesin tu tak jalan, dia ingat aku lupa nak on and dia nak cuci baju. vangang tul. takkan la tak nampak function yang aku set
bila takde orang cuci baju, takde pulak dia sibuk-sibuk nak cuci. bila ampaian penuh, time tu la dia pun sibuk nak mencuci sampai baju orang tak kering pun dia angkat letak tepi. memang menyakitkan hati.
so aku dgn housemate sorang lg malas nak hadap kitaorang pindah. memang banyak peel budak s'wak ni. dia punya kepala batu besar ada dalam. tak boleh orang lain lebih sikit, hati dia banyak sakit.
rumah ketiga aku duduk paling lama. housemate bersilih ganti. dapat yang bersih, alhamdulillah la sangat. tapi ada sorang ni yang aku memang sakit hati sangat. pakai barang orang tak reti nak jaga. contoh rice cooker. aku baru beli. tapi setiap kali nak pakai, ada je la sisa nasi dia tak berbasuh. pastu kalu dia cuci (depan mata aku) siap scrub guna pencuci dawai untuk kuali. habis tertanggal kulit periuk yang tak nak bagi nasi melekat tu
pastu ada sekali tu, dia buka pintu bilik, kebetulan aku lalu ternampak la keadaan bilik dia. tak nampak lantai kau! baju bersepah-sepah. tak tau la baju bersih ke baju kotor. semua berlambak sampai atas tilam. hadoi..
toilet dengan jamban, jangan citer la kan..
rumah yang keempat aku pindah, rumah memang dah ok, tapi manusianya masih pemalas. toilet luar cuci setahun sekali kot. toilet dalam bilik lak aku sharing dengan bilik sebelah. semedang aku je yang cuci. kalu tak cuci, aku pulak yang geli kan. terima je la.
pastu ruang tamu dengan dapur, amatlah berhabuk. kekadang je aku sapu. aku pun malas dah nak amik tau. janji bilik aku bersih and selesa nak melepak (bilik complete set dengan tv, dvd & ps2).
kekadang cotton bud depan bilik dorang sendiri pun bole buat tak nampak. pening kepala aku. tak padan menyewa dengan pompuan. tapi perangai masing-masing, ya rabbi..
kesimpulannya, tak kira la student ke, dah keje ke, kalau dah pengotor tu, pengotor jugak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni still study kat sebuah ipta. aku duk rumah sewa ni. kira aku mcm org first yg dpt pegang kunc ...
asteruk Post at 3-1-2012 07:15 PM
Hmmmmmmmm....aku mmg banyak sangat berpengalaman duduk dengan pelbagai house mate ni..almaklumlah...sejak dr Sekolah lagi udah duk asrama....sehinggalah belajar kat U...ada housemate yg ok....ada yg KO....dan pengalaman aku duk ngan housemate plg pembersih ialah...jeng..jeng....duk ngan Pondan....mmg pembersih...sampai aku pun terikut2 dengan style dan perangai pembersih roomate aku....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply medangmru
ehem.. ehem.. kak pons? cerita pasal kak pons, tahun lepas (macam dah lama ...
prettyuglybabe Post at 3-1-2012 08:58 PM
Yapsssssssss....dengan ahkak Auwwwwww......setahun woooooooooooo duduk dgn dia....mcm2 pengalaman aku dapat ( pengalman baik k..... )...tp depa ni mmg pembersih....pengemas.....dan pandai masak................ |
|
|
|
|
|
|
|
speechless
prettyuglybabe Post at 3-1-2012 09:20 PM
idokle haku sampai jadik cam dia wehhhhhhhhhhhh..jantan lagi k..{:4_185:} |
|
|
|
|
|
|
|
idokle haku sampai jadik cam dia wehhhhhhhhhhhh..jantan lagi k..
medangmru Post at 4-1-2012 06:38
buktikan {:4_241:} |
|
|
|
|
|
|
|
buktikan
prettyuglybabe Post at 4-1-2012 11:40 AM
cettttttttttttttttttt...{:4_502:} |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# medangmru
{:4_241:} janji rambut ko wangi, ok la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita pasal housemate nie, aku pun banyak pengalaman bertukar housemate.. Yela, masa bujang dulu aku nie perantau, pernah duduk dengan orang yang aku tak kenal dan orang yang aku kenal...
Yang 1st nie membe waktu aku study... Aku panggil dia akak sebab dia lagi tua dari aku, tapi kami belajar class masa kat u dulu.. Lepas habis belajar aku dengan dia tinggal sama-sama kat Penang.. Dia memang baik.. Aku pun suka la duduk dengan dia.. Disebabkan kami berdua jer satu rumah so kami pun iklankan nak cari housemate baru.. Ada la 2 orang nie cakap nak sewa.. Aku dengan membe aku pun ok jer la.. So bila depa mai masuk rumah baru la kami tahu yang diaorang nie couple pempuan n pengkid.. Masa-masa mula-mula tue, ok la lagi.. Tambah yang pempuan tue memang ramah sangat.. Pengkid tue pun jer dengan kami berdua.. Dah lama baru nampak sifat pengkid tue.. Semua benda dalam rumah nak buat kena bagitau dia, macam dia tue ketua rumah.. Ko apehal sedangkan ko yang join rumah kitaorang.. Tue belum kalau time couple nie bergaduh, hempas pintu kuat macam laki bini bergaduh.. Aku dengan membe aku sampai naik meluat.. Bab menggelikan dan menjijikkan pun ada.. Satu hari tue membe aku nie nak pergi kerja, duk tunggu la depan bilik air punya lama.. Pastue, yang pempuan nie kuar sambil yang pengkid nie kat belakang dia duk berkemban sambil lari-lari masuk bilik.. Aku dengan membe aku tercengang tengok.. Depa dua mandi sama-sama.. Apa yang depa duk buat dalam tue aku tak tau...
Yang pempuan nie tak kerja, so kerja dia kat rumah masak, basuh baju n tunggu pengkid nie balik... Time pengkid tue nak pergi kerja dia hantar la sampai kat pintu siap cium pipi lagi..Duk sayang awak la, muaahhh2 la.. Aku punya la geli dengar, memang selumber gile ler depa nie....Macam laki bini plak.. Bab lawak pun ada juga pasal depa dua orang nie.. Hahahaha, yang nie memang aku nak tergelak bila ingat balik... Ada satu time tue si pengkid nie duk lepak-lepak kat ruang tamu, aku dengan membe aku dalam bilik.. Time tue kitaorang buka pintu bilik then nampak la si pengkid nie duk lalu lalang.. Aku buat tak jer, then tiba-tiba membe aku ciut aku pastue dia bisik kat aku, kalau si pengkid tue lalu sekali lagi cuba tengok kat punggung dia.. Aku pun duk intai-intai la time dia lalu, rupa-rupanya si pengkid tue mai period abis seluar dia bocor.. maybe time tue dia tak perasan dia datang period, aku punya gelak la dengan membe aku...Membe aku siap cakap kat aku, berlagak macam laki last-last datang bulan..hahahaha...
Ada lagi cerita depa, pas break time aku sambung..hihihi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 masa bujang, masalah paling besar ialah RUMAH SEWA. pening kepala tiap tahun kena pikir pasal masalah ni. lain2 tak de hal. masa tu berdoa cepat2 kawen, duduk rumah sendiri, tak payah pening kepala nak cari rumah sewa, nak cari orang gantikan saya kat rumah sewa, etc. Dipendekkan cerita...
1. Apartment 2 bilik. Share 3 orang 1 bilik (Blok C) - Sorang budak ni buat rumah tu macam rumah sendiri, suka-suki bawa boifren datang lepak2 dan tido bermalam kat situ. Dah cakap elok2, tak dengar, saya & kawan cari rumah lain. Duduk sebulan je. Masa nak keluar, akak dia boleh sound pulak. Cakap je kat akak tu adik dia bawak jantan masuk rumah, diam akak tu.
2. Apartment 2 bilik tempat yang sama. Share 2 orang 1 bilik dengan kawan tu (Block A) - Tinggal dengan dua orang akak ni. Oklah... tapi akak yang sorang ni umur dah 30 lebih, cerewet sikit. Dia nak cari rumah lain sebab bos dia yang dah kawen dok kejar dia. Malas nak ikut dia pindah, saya & kawan cari rumah lain. Duduk dalam 5-6 bulan je kot.
3. Aparment 2 bilik tempat yang sama juga (Block C balik tapi Ground floor pulak) - Mula-mula ok. Siap abang saya kawan dengan sorang housemate saya ni (sekarang dah kawen pun). Lama jugak tinggal sini. Rasanya sampai setahun kot. Tapi yang buat onar, budak sorang ni. Dibawanya boifren baru dia masuk. Lepas tu kantoi bawa laki orang masuk bilik (dia bilik lain). Lepas tu bf dia curi kamera & duit tabung saya. Memang mengamuklah. Saya malas pikir panjang, pindah on the spot.
4. Rumah teres 3 bilik. Area yang sama - Paling ok. Duduk dengan cikgu2. Tak adalah rapat sangat tapi oklah... Pindah sebab owner jual rumah tu. Cikgu2 ni nak pindah rumah teres lain tapi saya tak berkenan rumah tu. Jadi cari rumah lain.
5. Apartment 3 bilik area sama - View paling cantik, tingkat 16, menghadap KLCC. Best giler! Walaupun tak rapat dengan akak2 kat rumah tu. Pindah lagi sebab dah tukar kerja ke tempat lain.
6. Duplex apartment 3 bilik yang hazab giler - Terpaksa je duduk situ sebab dah tak ada choice. Nak cari yang dekat dengan ofis tapi banyak dah kena ambik. Rumah memang teruk giler. Lagipun pikir nak duduk tak sampai setahun sebab dah nak kawen. Langsung tak bercakap dengan akak2 dalam rumah tu. Dia orang ni memang rapat giler dan bajet saya nak ikut cara dia orang. tapi saya ni jenis independent. paling bengang, 2 minggu lagi nak pindah, baru nak beritahu saya. kelam-kabutlah cari rumah baru. dah lah masa tu tengah nak raya. dapat jugalah.
6. Apartment 2 bilik - 5 minit je dari ofis kekeke.... duduk sorang2 dalam 3 bulan sampai husband masuk. sebab lepas 3 bulan kami kawen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mul pun sekarang dok ngan student jugak..pengalaman duk ngan org bekerja ni belum lagi lah...memang diakui lah duk ngan student ni azab betul lah...mul ni pulak jenis malas nak bising2..bukan budak kecik lagipun..dah pandai fikir dah pun..diorang ni kan kalau buka plastik meggi ke hapa lepas gunting tu mesti plastik tu bertaburan kan..mul pun heran biji mata dorang tu tak nampak ke tong sampah bukan main besar kat dapur tu..dahlah tu selama 6 bulan dok sekali ngan mul tak pernah sekali pergi buang sampah..buat sampah je reti....kalau toilet tu toksah cakap lah..selagi mul tak sental selagi tu lah dok berkarat..ingat dok ngan budak pompuan ni senang lah sikit hidup..tapi huh nauzulbillah..adik mul laki pun rajin lagi..yang ini harap muka je lawa..kalau keluar tu kalah artis..kalau yang housemate dulu pulak bab makan ni semua mewah lah..jenis tak kedekut..tapi dah jenis bawak jantan pulak time mul takda kat rumah..adoii..macam macam hal..ingat pasni nak duduk sorang jelah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# funz_universe
Aku pun pernah dapat housemate yang bawa masuk jantan dalam rumah.. Tapi sebelum cerita pasal tue aku nak sambung pasal pengkid tadi.. Pengkid nie orang Sabah, so memang jauh dari mak pak dia la..Kisah nie kekasih dia yangcerita sendiri kat aku la, time raya haji rasanya dia family dia datang Penang nak jumpa dia, disebabkan kami balik kampung dia minta la kebenaran kami nak tumpangkan mak pak dia kat rumah sewa tue.. Kami pun tak kisah, bagi la.. Mak pak dia nie tak tau yang dia pengkid, so bila mak pak dia datang dia pinjam baju awek dia nak cover identiti pengkid dia, pakai bra semua la.. Yang paling tak tahan time nak kuar bawa family dia jalan-jalan dia siap pakai tudung lagi.. Aku dengar awek dia cerita punya la gelak besar.. Tapi tue la, akhirnya pengkid nie curang ngan awek dia, ada awek baru.. Cian juga la kat budak pempuan tue sebab dia memang sayang sangat kat pengkid tue, duk cerita kat aku n membe aku sambil nangis2.. Pastue dia kuar dari rumah, tinggalkan pengkid tue tapi esoknya pengkid tue bawa awek baru dia plak.. Dah la tak minta permission kami, tak bayar sewa pe, kami pun sound dia.. Last2 dia pun blah..
Lepas tue membe aku sambung belajar aku duk ngan kawan tempat aku kerja, yang nie la yang bawa laki masuk rumah.. Time nasihat orang memang serah kat dia la, kalau ada orang baru masuk siap warning jangan bawa masuk laki dalam rumah.. Last-last kantoi dengan aku sendiri.. Aku tak sihat hari tue, so wat la half day.. Sampai rumah membe aku nie siap duk berkemban dengan terkejut beruk nampak aku balik.. Dia siap suruh bf dia menyorok bawah katil lagi.. Aku memang tak boleh blah dia cakap dia dah kahwin dengan bf dia tue.. Bila aku nak tenogk surat nikah dia kata ada kat kampung la, depa kahwin pun sebab dia dah mengandung la.. Semua cerita tak logik pun keluar.. Last-last dia mesej aku cakap nak pindah.. Aku takde la suruh dia keluar dari rumah tue pun, mungkin dia sendiri yang malu terus keluar rumah...
Sebelum aku kahwin, housemate aku nie adik beradik.. Diaorang nie ok la juga, cuma sikap diorang nie cuai sangat.. Pintu rumah tak kunci.. Boleh duk lepak dengan bf tepi tangga biar pintu rumah terbuka, abis aku punya playstation hilang... Kucing aku pun hilang nasib baik jumpa balik duk merayau area rumah aku tue.. Kalau ada orang amik memang aku tak jumpa dah la kucing aku.. Bila aku tanya semua tak mengaku padahal aku lena, diaorang yang keluar masuk lewat malam.. Nasib baik yang curi barang tue tak masuk bilik aku, kalau tak lain plak cerita yang jadi..
Itu lah pengalaman aku sepanjang duk rumah sewa nie.. Aku rasa ada yang best ada yang tak bes.. Dapat housemate yang ok, memang best tapi kalau dapat yang hampeh meamng menyakitkan jiwa jer..huhuhu
Tq mod bagi kacang.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# asteruk
pencuci ape yg dia paakai smpai bersih camtu? bleh tau? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply funz_universe
Aku pun pernah dapat housemate yang bawa masuk jantan dalam rumah.. Tapi s ...
pipi_gebu Post at 4-1-2012 02:43 PM
sesama................... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply asteruk
pencuci ape yg dia paakai smpai bersih camtu? bleh tau?
wekwek1 Post at 4-1-2012 14:54
aku agak mr muscle kot |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus TT dapat hosmet mcm tu.. kira rezeki tuhan gak la.. (kannn.. bukan senang nak dpt mcm tu). Pengalaman ada la jgk, tp yg plg lucu bila ada sorg hosmat yg agak tak berapa nak rajin ni sehingga nak masak air pun tak mau.. sy pulak jenis berterus terang, xsuka ckp2 belakang so ckp la yg dia xpernah nampak masak air pun.. tau apa dia jawab?
'saya malas nak minum air, tu saya xmasak'
diam je la.. tp air mmg tak abis pun .. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmm...cerita psl rumah sewa ni banyak sangat. Yg aku tak boleh lupa masa time student dulu duduk rumah setinggan kat Pantai Dalam. Sewanya begitu murah iaitu RM400 sebulan. Rumah setinggan aje pun. Ada 3 bilik dan 1 bilik air. Rumahnya rapat-rapat dan bersambung antara satu sama lain. Jiran-jiran cukup sporting macam duduk area kampung.
Jiran aku nama dia abang Zam. Dalam 40an kot. Kerek sikit orangnya. cakap semua nak menang. Malam tu aku terdengar satu bunyi jeritan. Aku cari di mana datangnya bunyi itu. Rupa-rupanya dari rumah sebelah. Aku menjengah di balik celah dinding dan fuhh...Giloss. Semua live...HD lagi muahaha...Besoknya masa nak pegi kelas, aku terserempak dengan dia. Aku tanya "letih nampak bang..kerja kuat ke?". Dia jawab "..Aah...akak ko malam tadi mimpi antu. Dengan aku pun tak boleh tido"..Oh ye kerrrrrrrrrrrrrr.....!!!!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masa blaja aku kena tukar 3 rmh gara2 roommate haku pny perangai. yg haku ni lak cam xsampai hati nk tinggalkan dia even most of d time, sbnrnya haku ni cam mangsa keadaan gak laa..
RMH 1 :
basically my 1st housemates were my classmates n ada akak sekor nih. dorg ajak join skali cuz ada 1 room lg. memula everythg wuz okay.. beli pape brg utk rmh ke, bills ke, we all akan lekatkan receipts ti kt fridge. its so happened my roommate ni younger than me. cute bdk dia, org perak tp cam abit degil skit pny bdk. cam nk ikut ckp dia je. i guess bcuz she's d eldest dlm adik beradik dia, so dia ni cam ala2 dictator skit la.
memula suma okay until roommate ( si kenit, walaupun haku pun jenis2 kenit gak ) haku ni start bising2 bills brg dapur mahal sgt. bdk ketua rmh ( classmate haku tuh ) pegi beli frozen food ikut tekak masing2 then claimed n nk split bills tu sama rata. sedangkan si kenit ni slalu rajin jln pegi beli brg basah ( sayur2, telur etc - basic mknn budget as students la kt kedai runcit kt dpn tuh ) utk masak sendiri utk bdk2 rmh cuz nk jimat cermat. pastu dlm bilik dorg je yg ada tv, radio, etc, tp bill letrik pun nk bg sama rata. pdhal kitaorg ni semata pakai kipas, lampu tdo dgn laptop je.
then bila si kenit ni dok byk kali sgt menyuarakan ketidakpuasan hati beliau, tiba2 bdk ketua rmh ckp tuan rmh nk blk rmh tuh. so without meragui news beliau, kitaorg pun carik rmh lain. then dorg ni pun masa tu dan2 la balut pinggan2 dgn newspaper, masukkan dlm kotak suma. termasuk la akak sekor tuh. x lama pastu, kitaorg pun chow tanpa syak pape..
RMH 2 :
2nd floor, block btl2 sebelah rmh 1st kitaorg. si kenit ni la yg dok jumpa iklan bilik sewa tu kt bwh rmh. dia yg uruskan jumpa minah ( si gergasi ) yg dok rmh tu. ada 2 bilik kosong. masa tu haku tau2, masuk je cuz si kenit ni yg dh arranged kn suma. masa tu cam happy gak la cuz kt hall ada tv, dining table, iron board siap suma, fridge, dapur etc. kiranya cam cuci kaki je la. si gergasi ni pun masa memula cam so sweet.. in fact dia siap ckp, nk pakai apa suma pakai je la. mmg rmh ni dh siap suma dh..
actually haku jarang ada kt rmh cuz haku hari2 blk rmh kt kl. kiranya rmh sewa ni cam utk blk nk take nap jap while tunggu lunch break. so memula tu haku ingatkan si gergasi ni okay. rupa2nya si kenit ni citer, si gergasi ni mcm x suka org usik brg2 dia. dia sorokkan remote tv after dpt tau si kenit ni bukak tv. then masa si kenit ni mkn kt meja mkn, dia sangkut air bungkus tu kt tepi kerusi, dia br pegi dapur nk basuh tgn, terus si gergasi ni dgn garangnya berkata ' ey! tu air tu angkat laa..!!! ' huhu!
tu br sikit. antara kejadian2 yg berlaku masa ketiadaan haku :
- sorok remote tv lps kantoi si kenit bukak tv
- x bg pakai meja mkn
- dia keluarkan kotak besar soya bean si kenit dr fridge, then letak kt luar sampai kotak tu bersemut
- dia buang getah rambut si kenit yg tertinggal kt bilik air. pdhal br je keluar dr bilik air, x sampai 5minit. tau2 je bila dia pth blk nk pegi bilik air, dia npk getah rambut dia dlm dustbin.
- dia keluarkan sandal si kenit dr rak kasut pdhal masa nk masuk rmh dulu, dia yg ckp srh letak kt situ. :@
then dh la bf dia dok rmh sebelah je.. kalau gado, 1 block kot dgr. kitaorg kt dlm rmh, pening dgr dia terjerit2 thru tingkap dapur. suma perkataan keluar la. xde tapis2. sampai acik dpn rmh pun dh biasa dh. huhu! ended up, we all chow cuz x thn nk dok situ lg. tp yg best tu, dgn haku dia baik lak. maybe sbb if haku nk pakai pape brg dlm rmh, haku will tny dia dulu. so dia cam sejuk hati skit la kot. sampai ada time tu haku sakit perut, dia siap tunggu dpn pintu toilet, nk bg pill utk sakit perut.
tp another story lak, sampai la kitaorg chow dr rmh 2nd tu, housemates kitaorg yg kt rmh 1st td, xpindah2 pun! hahahaha! sbb hari2 kitaorg skodeng dorg dr tingkap atas. last2 sekor tu leaked d story. ckp si ketua rmh tu x puas ati dgn si kenit. tu yg tipu ckp nk rmh tu blk. tp yg haku bengang tuh, haku pun terkena gak la tempias dia!
RMH 3 :
yg ni lak ada another fren yg introduced kn. but diz time, haku ngam sgt2 wif d gurls. sama kepala la. cam kaki suka makeup, shopping2 bj n all. so byk benda la we all share. but si kenit ni buat hal lg...!! yg case ni mmg haku pening skit cuz citer dia dgn citer dorg contra abis. haku ni dh thp serba slh xtau nk percaya sapa. brp byk credit haku abis masa tu melayan dorg je. ( masa belajar, mampu pakai prepaid je ) last2 utk x kecikkan ati sapa2, haku terus x blk2 rmh tu even time lunch break. haku just byr sewa mcm biasa. just stdby incase ada nk kena tukar2 bj ke apa ke kt situ.
huuuuuuuuuuuuuuhhh.. abis jugak citer haku psl pengalaman ddk rmh sewa nih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|