View: 141|Reply: 0
|
Samoa, negara pertama rai 2012
[Copy link]
|
|
APIA: Majlis sambutan tahun baru bermula sepanjang hari lebih awal di negara kepulauan Pasifik Selatan, Samoa, selepas negara itu melompat garisan tarikh antarabangsa yang membawa ia 24 jam ke depan, menjadikan ia adalah negara pertama di dunia yang meraikan tahun baru 2012.\rPenduduk Samoa memulakan sambutan dengan persembahan bunga api menjelang tengah malam Khamis 29 Disember apabila negara itu dilaporkan melompat hari Jumaat dan terus memasuki tahun baru pada 31 Disember semalam.\r\n\n\n\n\r Samoa dan negara jiran Tokelau berada berhampiran garisan tarikh secara bersilang merentasi Lautan Pasifik dan kedua-dua pulau itu memutuskan untuk mengalihkan sendiri tahun mereka daripada mengikut sebelah Amerika kepada garisan di sebelah Asia, untuk menyamai dengan rakan kongsi perdagangan utama mereka.\r\r\n\n\n\n\n Lompatan masa di Samoa ini berterusan sepanjang Sabtu apabila ia memasuki 2012. Kolam renang dan pantai di ibu negaranya, Apia, dipenuhi penduduk dan pelancong yang meraikan kedudukan negara itu sebagai yang pertama meraikan tahun baru berbanding sebelum ini mereka adalah yang terakhir.\rWalaupun pelbagai pesta diadakan, polis Samoa berkata mereka tiada laporan membabitkan masalah.\r“Lebih 90 peratus daripada penduduk kami amat menghargai perubahan ini,” kata seorang pegawai yang enggan dinamakan. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|