CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 61143|Reply: 34

Perbezaan antara Kolej Vokasional,Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional

[Copy link]
Post time 29-12-2011 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Apa yang membezakan antara ketiga2 - tiga institusi ini? Mcm Kolej Vokasional,jangkamasa blajor ialah 4 tahun..makna nya masuk selepas form 4 iaitu masa umor 15 tahun..abis selepas umur 19 tahun...kluor dapat diploma....so adakah budak2 kolej ni akan ambik SPM jugak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2011 11:47 PM | Show all posts
Kolej Vokasional

Penerangan Bidang

Bidang Kolej Vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana yang berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional. Kandungan bidang Kolej Vokasional mempunyai 30% teori dan 70% praktikal. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS dan institut latihan kemahiran awam dan swasta atau terus ke alam pekerjaan.



Pakej yang ditawarkan:
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  • Pemesinan Industri
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Fesyen & Membuat Pakaian
  • Seni Kulinari
  • Kosmetologi
  • Hortikultur Hiasan
  • Landskap
  • Mekanisasi Agro
  • Agroindustri Tanaman
  • Agroindustri Ternakan Ruminan
  • Agroindustri Ternakan Poltri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 11:50 PM | Show all posts
Latihan Kemahiran

Penerangan Bidang
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.


Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.


Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Program yang ditawarkan:
  • Pemesin Am
  • Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
  • Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  • Juruteknik Automotif
  • Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara  (Domestik)
  • Furniture Maker
  • Jurubina Bangunan
  • Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  • Jurukerja Paip
  • Pelukis Muda Pelan Senibina Bangunan
  • Timber Processing and Finishing
  • Juruteknik Elektrik Rendah
  • Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan
  • Pembantu Penyedia Makanan
  • Pembuat Pakaian Wanita
  • Pendandan Rambut Muda
  • Jurukecantikan
  • Juruteknik Rendah Akuakultur
  • Pekerja Ladang Pertanian
  • Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 11:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by razhar at 29-12-2011 23:57

Bidang Vokasional

Penerangan Bidang

Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang.

Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.


Pakej yang ditawarkan:

1.
Automotif

2.
Penyejukanbekuan & Penyamanan Udara

3.
Amalan Bengkel Mesin

4.
Kimpalan

5.
Elektrik & Elektronik

6.
Binaan Bangunan

7.
Pengurusan Teknologi Pejabat

8.
Pengurusan Perniagaan

9.
Fesyen

10.
Katering

11.
Seni Kecantikan

12.
Perkhidmatan & Perkembangan Kanak-Kanak

13.
Bakeri

14.
Pelancongan

15.
Hortikultur Hiasan & Landskap

16.
Teknologi Tanaman

17.
Agroindustri Tanaman

18.
Agroindustri Ternakan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 11:55 PM | Show all posts
Bidang Teknikal

Penerangan Bidang

Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6.

Pakej yang ditawarkan:
1.Kejuruteraan Mekanikal
2.Kejuruteraan Elektrik
3.Kejuruteraan Awam
4.Perdagangan
5.Sains Pertanian
6.Agroteknologi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 11:58 PM | Show all posts
Dijemput sapa2 khas nya warga tenaga pengajor2 di institusi yg terlibat dapat memberi pandangan..ai tgk agak bercelaru sikit..anak ai akan jejak form 3 tahun 2015 nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2011 12:18 AM | Show all posts
Kolej Vokasional - projek  perintis utk keluarkan student terus ke pasaran keje. so lps abis spm x perlu lg apply institut kemahiran yg lain mcm ilp, ikbn dll utk continue study sbb apa yg ada kat institut tu dah dibawa ke kolej vokasional. so hasil keluaran dr kolej ni mmg btl2 mahir la sbb 4 tahun menghadap bnd yg sama both teori dan praktikal. ikutkan abis expert dan mmg industri rmi cari. tp apa pun depends gak pd standard kolej tu sendiri sbb standard yg dikeluarkan oleh jpk just minimal level.

Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional - ni bnd lama. just setakat form 5 jerk. pastu kalo nak sambung kena gi institut kemahiran mcm aku ckp kat atas td.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 11:56 AM | Show all posts
Reply 7# otai_g


so adakah student2 kolej ni AKAN kena ambik jugak SPM? ye la..kalo depa nak apply masuk IPTA,IPTS tu..mesti ada SPM kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2011 11:57 AM | Show all posts
adakah juga Politeknik tak berkualiti compared dgn budak2 kolej Vokasional?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 12:17 PM | Show all posts
Reply 8# razhar

yg bab spm ni aku x sure la. tp kalo nak masuk ipta/ipts aku rs ini bukan laluan yg betul.
kalo nak masuk ipta/ipts baik pegi matrikulasi atau ambik stpm.
rsnya aliran kemahiran bkn jambatan utk masuk ke u. aliran kemahiran target utk terus bekerja di industri.

kalo x silap utem dah start ambik bdk2 aliran kemahiran utk sambung degree kat sana di bawah fakulti teknologi kejuruteraan. so in future mmg x de masalah kot dr kolej vokasional nak ke U.janji result mau power..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by otai_g at 30-12-2011 12:20

Reply 9# razhar

graduate dr kolej vokasional pun x de lg, so mcm nak compare?

kalo ada comparison yg dibuat pun just base on assumption not fact at all...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 08:18 AM | Show all posts
masuk je la aliran teknik....

aku amek elektrik n elektronik engineering just sebab nak masuk skolah teknik jeh.. pas spm masuk u amek account...kekekek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 01:41 PM | Show all posts
Reply 12# teky


Adakah semua sek. vok akan diupgrade ke kolej vok? ai rasa gitu kot....anak ai minat automotive tapi ai lebih suka dia ambik elektrik or kejuruteraan elektrik....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 02:52 PM | Show all posts
yap..semua akan diupgrade menjelang 2013..saya salah seorang tenaga pengajar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 03:45 PM | Show all posts
yap..semua akan diupgrade menjelang 2013..saya salah seorang tenaga pengajar
nadna Post at 5/1/2012 14:52



maksud nya semua Sek. Vok akan diupgrade ke level Kolej ye? dan adakah student kolej ni akan ambik SPM(v)? jika mereka mahu masuk IPTS,IPTA..mesti nak SPM kan? dan tahun last rasa nya exam PMR..so mcm mana nak apply nanti? based on what?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:07 AM | Show all posts
tidak akan ambil spm lagi tapi sijil kemahiran malaysia.KV akan keluarkan diploma vokasional
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 09:28 AM | Show all posts
Reply 13# razhar


    aliran vokasional neh die nyer spm xder la tuff sgt mcm spm biase.... sebab die lebih kepada kemahiran... tpi bile diupgrade nanti mustahil xder sijil spm.. aper pon aku xleh nak jawab sebab xder lagikan pekeliling berdasarkan upgrade mende ni... dlm bajet ritu mmg ader sebut kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 09:29 AM | Show all posts
Reply 14# nadna


    mohon untuk member pencerahan skit... aku pun kelam kelabu lagi nehh....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 09:30 AM | Show all posts
Reply 7# otai_g


    so dua entiti berbeza kaa?? skolah dulu then baru masuk institut or kolej??
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 10:15 AM | Show all posts
Reply 19# teky

kalo pki sistem skang mmg entiti tu berbeza. kena masuk sekolah dulu, amik spm then br leh masuk institut kemahiran.

so dgn adanya kolej vokasional ni leh direct dr pmr terus ke institut kemahiran iaitu kolej vokasional.

institut kemahiran ada bnyk kat msia bkn kolej vokasional ni jerk.

itu apa yg aku paham la. kalo aku silap phm aku x bertanggungjawab..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.084403 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list