CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Hanya dua perlawanan

[Copy link]
Post time 9-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NYON (Switzerland): Penggantungan penyerang England, Wayne Rooney untuk Euro 2012 dikurang daripada tiga kepada dua perlawanan selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menimbang rayuannya, semalam.\rDengan pengurangan itu, Rooney kini boleh beraksi pada perlawanan ketiga Kumpulan D bertemu Ukraine tetapi kekal terlepas dua aksi awal bertemu Perancis dan Sweden.\r\n\n\n\n\r Rooney sebelum ini digantung tiga perlawanan selepas menendang pemain Montenegro, Miodrag Dzudovic pada aksi terakhir Kelayakan Euro 2012, Oktober lalu.\r\r\n\n\n\n\n Namun penggantungan bagi perlawanan ketiganya itu ditangguh untuk tempoh empat tahun dan Rooney, 26, juga bersetuju melakukan aktiviti kejurulatihan dalam komuniti menerusi projek UEFA.\r“Ia satu hasil  positif. Rooney dan (Fabio) Capello ternyata cukup gembira. Mereka berpuas hati dengan keputusan rayuan. Rooney sememangnya sejak awal mengakui ia kad merah yang wajar.\r“Kami hadir ke sini dengan kebarangkalian Rooney bakal terlepas semua tiga perlawanan kumpulan Euro 2012. Jadi apabila dia dapat beraksi menentang Ukraine, ia pasti satu keputusan positif,” kata Pengarah Urusan FA England, Adrian Bevington. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.263075 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list