|
Ikat Mbele yang masih cedera, Selangor yakin kerana reputasi hebat\rSELANGOR akhirnya membuat keputusan berani dan berisiko tinggi dengan menandatangani penyerang kebangsaan Congo, Lelo Mbele biarpun bekas pemain kelab Orlando Pirates itu masih belum cergas sepenuhnya.\r\n\n\n\n\r Mbele, 24, tidak beraksi sejak Julai lalu selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan otot depan paha kirinya ketika menyarung jersi kelab Libya, Al-Nasr Benghazi tetapi reputasi hebatnya meyakinkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).\r\r\n\n\n\n\n Selain Mbele, Selangor terlebih dulu menandatangani pertahanan kebangsaan Lubnan, Ramez Dayoub, 27, yang tampil beraksi buat pertama kali ketika aksi persahabatan menentang Sime Darby di Stadium UPM, Serdang, petang semalam.\rSetiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi, malam tadi mengesahkan pengambilan Mbele sebagai pemain import kedua Selangor yang ditandatangani pada hari terakhir pendaftaran pemain, semalam.\rJurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim ketika ditemui selepas perlawanan, petang semalam juga tampak bersedia mempertaruhkan tenaga tempatan bagi mengetuai barisan depan kerana Mbele hanya boleh mula beraksi sebulan lagi tatkala saingan Liga Super bakal bermula, 10 Januari depan.\r“Kita pasti ada cara untuk menyesuaikan dengan keadaan. Dengan adanya Safiq Rahim, K Gurusamy dan Amri Yahyah nanti, saya yakin mereka ini mampu memberi kekuatan tambahan kepada pasukan,” kata Irfan
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|