|
MADRID: Juara bertahan Barcelona tetap hebat meskipun hanya menurunkan skuad simpanan ketika menewaskan BATE Borisov 4-0 di Nou Camp dalam saingan Liga Juara-Juara dengan kedudukan di tempat teratas Kumpulan H sudah menjadi milik mereka.\rKemenangan ke atas AC Milan di San Siro memastikan kelab Catalan itu menduduki tangga teratas kumpulan menjelang pertembungan pertama El Clasico dalam saingan La Liga minggu ini menentang Real Madrid.\r\n\n\n\n\r Musuh tradisinya itu kini mendahului liga dengan tiga mata dan jurulatih Barca, Pep Guardiola memilih untuk menurunkan pemain muda bagi merehatkan barisan bintang untuk aksi lebih getir di Bernabeu.\r\r\n\n\n\n\n Meskipun Viktoria Plzen mencatat keputusan seri 2-2 di laman sendiri menentang AC Milan, BATE ternyata bukan tandingan Barca untuk meraih kemenangan bagi membolehkan mereka meraih kedudukan ketiga kumpulan, sekali gus layak ke saingan Liga Europa.\rGol Barca menerusi Sergi Roberto, Martin Montoya dan dua gol Pedro Rodriquez.\r“Kelab akan bergantung kepada pemain muda ini dan mereka mempunyai kualiti yang bagus. Saya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan namun kelab ini berusaha keras memperbaharui kontrak pemain seperti Marc Bartra, Juan Cuenca dan Sergi Roberto,” kata Guardiola. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|