|
KONTINJEN negara yang beraksi di Sukan SEA di Myanmar 2013 bakal kehilangan sekurang-kurangnya 12 pingat emas apabila beberapa acara yang dipertandingkan di Jakarta dan Palembang, tidak akan dipertandingkan pada temasya ke-27 itu.\rSetiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, antara acara yang digugurkan adalah renang berirama, renang perairan terbuka dan bowling yang menyumbang 12 daripada 59 emas yang dimenangi kontinjen negara pada temasya 2011.\r\n\n\n\n\r “Kita mungkin kehilangan tujuh lagi emas dalam acara basikal trek kerana kemungkinan besar ia tidak akan dipertandingkan. Jadi, sudah tentu sukar untuk mengekalkan purata 10 peratus emas yang dimenangi pada temasya itu nanti,” katanya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Kok Chi berkata, Jawatankuasa Olimpik Myanmar menyenaraikan 30 acara awal untuk dipertandingkan termasuk olahraga, menembak, kenu, kayak, wushu, silat, taekwondo, biliard & snuker, pelayaran, basikal, tenis, renang, karate, perahu tradisional dan judo.\rTurut dipertandingkan ialah tinju, angkat berat, memanah, catur, pingpong, badminton, golf, bola tampar, futsal, bola sepak, ekuestrian, bina badan, bola keranjang, mendayung dan muay thai.\r“Berdasarkan statistik dan sejarah Sukan SEA, kita tidak pernah memenangi emas dalam kenu, kayak, catur, mendayung, perahu tradisional, muay thai dan bola tampar. Tenis pernah menang emas sekali pada 1973 manakala kali terakhir judo menang emas pada 1981,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|