CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70|Reply: 0

Sepanyol, Itali satu kumpulan

[Copy link]
Post time 4-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Naib juara Euro \'08, finalis Piala Dunia \'10 dalam \'kumpulan maut\'\rKIEV: Tiga pasukan handalan – Belanda, Jerman dan Portugal – diundi dalam satu kumpulan untuk pusingan akhir Euro 2012 Jun depan tatkala juara bertahan, Sepanyol diundi bersama Itali, manakala England berada sama kumpulan dengan Perancis.\r\n\n\n\n\r  Kejohanan bakal bermula 8 Jun depan dengan tuan rumah bersama, Poland berdepan juara 2004, Greece di Stadium Nasional, Warsaw pada aksi pembukaan, sementara aksi final dijadual berlangsung di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine pada 1 Julai.\r\r\n\n\n\n\n  Kumpulan B dianggap sebagai kumpulan maut kerana ia membabitkan pertembungan naib juara Piala Dunia 2010, Belanda, Jerman, Portugal dan Denmark.\r“Saya lihat riak wajah semua jurulatih pasukan dalam kumpulan ini, mereka tidak gembira. Keempat-empat kami bersetuju bahawa Kumpulan B paling sukar,” kata jurulatih Belanda, Bert van Marwijk yang pasukannya akan bertemu Denmark pada perlawanan pertama.\r“Cuma kelebihannya, kami akan berdepan tiga pasukan yang cukup bermotivasi dengan Jerman lawan cukup hebat. Apapun aksi sulung bertemu Denmark sangat penting.”\rJurulatih Jerman, Joachim Loew pula yang bakal memulakan kempen bertemu Portugal berkata, mereka sememangnya sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan seperti itu.\r\n\n\n\n\r“Kami menerima apa juga cabaran. Kami tidak gentar. Sebelum undian pun, saya sudah katakan yang kami tidak memilih mana-mana pasukan untuk bertemu, semua lawan adalah sukar,” kata Loew.\rKumpulan A menampilkan Poland, Greece, Russia dan Republik Czech, Kumpulan C membariskan Sepanyol, Itali, Republik Ireland dan Croatia manakala Kumpulan D membabitkan Ukraine, Sweden, Perancis dan England. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.042592 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list