View: 74|Reply: 0
|
Vettel sasar kejuaraan hatrik
[Copy link]
|
|
\'Saya tak akan ambil sikap sambil lewa buru kemenangan musim depan\'\rVIRY-CHATILLON (Perancis): Juara dunia Formula Satu (F1) dua kali dari Jerman, Sebastian Vettel berkata, dia tidak akan mengambil sikap mudah pada saingan kejuaraan musim 2012 apabila dia berusaha meraih kejuaraan kali ketiga berturut-turut.\r\n\n\n\n\r Pelumba 24 tahun itu yang menjadi juara dunia F1 termuda meraih kejuaraan berturut-turut apabila memastikan kejuaraan terbaru di Jepun baru-baru ini, berkata dia masih menyedari di mana kerjayanya bermula.\r\r\n\n\n\n\n “Kita tidak tahu apa yang akan menanti pada 2012,” kata Vettel, yang melawat kilang Renault yang menjadi pembekal enjin kepada pasukan Red Bull yang diwakilinya sebagai penghargaan pasukan itu.\r“Tiada sebarang jaminan. Mungkin tahun depan kami hanya mencabar meraih mata dan kadang kala menaiki podium.\r“Saya tidak akan mengambil sebarang sikap sambil lewa meraih podium dan kemenangan.\r“Ia bukan begitu lama sejak saya memandu untuk Toro Rosso. Saya bermula dari petak ke-18 di garis permulaan. Itu langsung tidak menarik minat sesiapa.\r\n\n\n\n\r“Dan saya menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 selepas berlumba dengan cemerlang dan itu juga tidak menarik minat sesiapa.\r“Itulah yang berlaku. Anda perlu secara konsisten meletakkan sesuatu dalam skop pemikiran, tidak lupa dari mana anda datang.”\rVettel, yang menang 11 daripada 19 perlumbaan musim ini, melengkapkan musim cemerlangnya dengan menduduki tempat kedua di belakang rakan sepasukan, Mark Webber pada perlumbaan terakhir musim di Grand Prix Ahad lalu, berkata kejuaraan adalah perkara utama yang difikirkannya. - AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|