View: 128|Reply: 0
|
Federer jumpa Tsonga di final
[Copy link]
|
|
LONDON: Setiap kali Roger Federer melangkah masuk ke gelanggang, dia seolah-olah mampu menggenggam semuanya.\rTerbaru, dia merangkul kejayaan karier ke-100 Sabtu lalu apabila menewaskan David Ferrer dari Sepanyol 7-5, 6-3 dalam separuh akhir Final Jelajah Dunia ATP.\r\n\n\n\n\r Federer di kedudukan untuk memenangi gelaran kali ke-70 buatnya dan rekod enam kemenangan pada kejohanan bagi pemain yang menduduki ranking lapan pemain terbaik dunia.\r\r\n\n\n\n\n “Ini adalah hari yang istimewa untuk saya,” kata Federer, yang akan bertemu Jo-Wilfried Tsonga di final.\rTsonga menyambung persembahan cemerlang minggu lalu dengan menewaskan Tomas Berdych dari Republik Czech 6-3, 7-5 dalam perlawanan lewat, yang membolehkan pemain pilihan keenam dari Perancis itu beraksi di final dalam kejohanan itu untuk kali pertama, menerusi penampilan keduanya.\rKejayaan menewaskan Ferrer memberikan Federer melepasi Andy Murray kepada ranking ketiga pada penghujung tahun ini, di belakang Novak Djokovic di nombor satu dan Rafael Nadal.\rDjokovic dan Nadal terkeluar selepas tewas dua kali pada pusingan round robin minggu lalu, kedua-duanya mengatakan badan dan minda tidak berada di kedudukan terbaik selepas musim sukar. Murray pula menarik diri berikutan kecederaan selepas kalah pada perlawanan pembukaan kepada Ferrer, Isnin lalu. - AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|