CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Vettel lakar sejarah

[Copy link]
Post time 28-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SAO PAULO: Juara dua kali Formula 1 (F1) Sebastian Vettel melakar sejarah lagi kelmarin, apabila memecahkan rekod 19 tahun Nigel Mansell dengan menjadi pelumba paling banyak bermula di petak pertama dalam semusim.\rSetahun selepas menjadi pelumba paling muda memenangi kejuaraan F1, pelumba Jerman itu memenangi petak pertama ke-15 bagi dirinya di Grand Prix Brazil untuk mengatasi rekod yang dipegang  Mansell sejak 1992.\r\n\n\n\n\r   Mansell mencipta rekod untuk Williams tatkala 16 perlumbaan diadakan dalam semusim ketika dia turut memenangi sembilan perlumbaan untuk menjuarai satu-satu mahkota kejuaraan F1. Dia hanya gagal bermula di petak pertama di GP Kanada dan Hungary pada tahun itu. Dia bermula di petak pertama enam kali berturut-turut dari awal musim dan lima perlumbaan terakhir musim itu.\r\r\n\n\n\n\n  Vettel memecahkan rekod itu dalam 19 perlumbaan. Dia hanya gagal bermula di petak pertama di Sepanyol, England, Jerman dan Korea Selatan. Permulaan paling buruk baginya ialah di petak ketiga di Jerman.\rPrinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner berkata: “Ia pencapaian gemilang Sebastian. Ia satu rekod baru F1 yang  memang wajar dinikmati Sebastian. Dia berkongsi rekod dengan Nigel selama dua minggu dan sekarang nama besar itu berada di belakangnya.”\rVettel menyamai rekod Mansell selepas memenangi petak pertama ke-14 di GP Abu Dhabi dua minggu lalu, dan memecahkan rekod itu kelmarin dengan mencatat masa 1 minit, 11.918 saat di litar Interlagos sepanjang 4.3 kilometer. - AP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.120134 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list