Post Last Edit by ambok at 29-11-2011 20:33
Dua jurulatih jadi teman Chong Wei di gelanggang
[size=9.16667px]PRESTASI cemerlang Chong Wei seringkali dibayangi dengan kehebatan Lin Dan dalam beberapa kejohanan sejak kebelakangan ini
SELAIN Tey Seu Bock, Rashid Sidek juga perlu mengiringi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada mana-mana kejohanan. Demikian cadangan yang dikemukakan Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) badan induk tersebut. Jelas James, ia sebagai salah satu langkah bagi meringankan beban yang dipikul Seu Bock yang terpaksa melakukan segala tugasan secara sendirian termasuk menganalisis perlawanan buat Chong Wei. Malah, James juga berpendapat situasi tersebut juga merupakan salah satu faktor menyebabkan Chong Wei masih gagal menyaingi kehebatan seteru utamanya, Lin Dan dari China. “Jika diperhatikan betul-betul, setiap kali Lin Dan turun beraksi, ada enam jurulatih sebenarnya yang bersama dia. “Dua jurulatih akan berada di tepi gelanggang. manakala empat lagi di tempat duduk pasukan yang mana masing-masing memainkan peranan tersendiri. “Ini sama sekali jauh berbeza dengan Chong Wei apabila dia hanya ditemani oleh Seu Bock seorang sahaja di tepi gelanggang. “Sebab itu, jika Rashid juga dapat turut serta mengiringi Chong Wei pada mana-mana kejohanan yang disertainya, ia sudah pasti akan lebih mudah buat Chong Wei kerana Rashid memang pakar dalam menganalisis perlawanan,” jelas James ketika dihubungi Kosmo! kelmarin. Sebelum ini, Rashid hanya akan mengiringi Chong Wei pada kejohanan-kejohanan tertentu sahaja yang diputuskan oleh BAM kerana beliau lebih diberi tanggungjawab untuk menjaga pemain-pemain muda. Tambah James, cadangan yang dikemukannya itu bukan sahaja khusus buat Chong Wei, namun ia juga harus membabitkan beregu utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. “Saya sudah bercakap dengan pihak pengurusan BAM mengenai perkara ini. Selain Pang Cheh Chang, jurulatih yang baharu dilantik dari Korea Selatan, Yoo Yong-sung juga perlu mengiringi Kien Keat-Boon Heong pada mana-mana kejohanan. “Namun, segala keputusan terletak kepada ahli C&T. Sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM, saya hanya boleh mengemukakan cadangan dan sama ada ahli-ahli C&T bersetuju ataupun tidak, saya tidak boleh buat apa-apa,” tambahnya. Diminta mengulas mengenai kekalahan Chong Wei buat kali ketiga berturut-turut di tangan Lin Dan pada aksi separuh akhir Terbuka China Sabtu lalu, James berkata: “Lin Dan ada elemen kejutan yang tidak ada pada Chong Wei. “Memang Chong Wei beraksi dengan baik pada set pertama, tetapi Lin Dan memiliki kebolehan untuk mengubah corak permainan pada bila-bila masa sahaja sama ada dia mahu permainan secara pantas ataupun perlahan. “Ia dibuktikan apabila Lin Dan memenangi set kedua dan set penentuan,” ujar James. Pada aksi separuh akhir itu, Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan apabila tewas 21-19, 12-21, 11-21. Ogos lalu, Lin Dan telah menghalang impian Chong Wei untuk merekodkan kejuaraan dunia pertamanya apabila menewaskan pemain No. 1 dunia itu 20-22, 21-14, 23-21. Kehebatan jaguh China itu diteruskan apabila turut menewaskan Chong Wei 21-16, 21-14 pada aksi separuh akhir Terbuka Hong Kong, 19 November lalu.
p/s: aku agak kecewa dengan BAM yang tak kasi full support pada LCW....sedangkan dialah permata no 1 negara untuk memburu pingat emas di sukan olimpik
|