View: 119|Reply: 0
|
Djokovic ikut jejak Nadal, Murray
[Copy link]
|
|
Tersingkir awal dalam kejohanan final Jelajah Dunia ATP tewas kepada rakan senegaraLONDON: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mengikut jejak Rafa Nadal dan Andy Murray tersingkir daripada kejohanan final Jelajah Dunia ATP kelmarin apabila tewas kepada rakan senegara dari Serbia, Janko Tipsarevic buat kali pertama. \rTatkala saingan liga sepusingan di O2 Arena dilengkapkan, Djokovic yang tampak muram tewas 3-6, 6-3, 6-3 untuk menamatkan saingan Kumpulan A dengan dua kekalahan dan meninggalkan Roger Federer sebagai satu-satunya ahli dalam kumpulan ‘Big Four’ untuk meneruskan saingan ke hujung minggu.\r\n\n\n\n\r Djokovic masih berpeluang untuk ke separuh akhir kejohanan terakhir untuk musim ini itu menerusi pintu belakang sekiranya David Ferrer menewaskan Tomas Berdych lewat kelmarin tetapi jaguh Sepanyol itu juga kehabisan tenaga apabila tewas 3-6, 7-5, 6-1. \r \r\n\n\n\n\n Selepas menghampiri penyingkiran apabila dua kali servisnya dipatahkan pada set kedua, Berdych akhirnya berjaya bangkit untuk menjuarai Kumpulan A dan mengelakkan pertembungan menentang juara bertahan, Roger Federer yang menjadi pilihan ramai untuk mencatat rekod menjuarai kejohanan buat kali keenam.\rSebaliknya, pemain Republik Czech itu berdepan Jo-Wilfried Tsonga, pemain Perancis yang penuh bersemangat yang menyingkirkan Nadal Khamis lalu, manakala ‘hukuman’ terhadap Ferrer kerana memberikan kemenangan kepada Berdych ialah pertembungan dengan Federer yang berdasarkan rekod pertemuan mereka, dia ketinggalan 11-0.\r“Saya tidak pernah menang menentang Roger dan saya harap dapat mengubah keadaan itu,” kata Ferrer. - Reuters\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|