CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Tonik terbaik

[Copy link]
Post time 26-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Harimau Muda perlu benam Bahrain untuk ambil peluang playoff di Bukit JalilBERITA keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai venue perlawanan playoff Kelayakan Olimpik 2012, 25, 27 dan 29 Mac depan, menjadi tonik terbaik skuad B-22 negara menjelang pertemuan berdepan Bahrain, malam esok.Lantas jurulatih Ong Kim Swee menetapkan sasaran tiga mata penuh pada aksi ketiga Kumpulan C itu bagi memastikan Malaysia terus berpeluang menamatkan saingan di tangga kedua, seterusnya layak untuk aksi playoff itu.\n\n\n\n“Memang kami mengetahui mengenai pemilihan venue terbabit dan sudah tentu ia memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana jika berjaya ke playoff, beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri akan memberi kelebihan kepada kita.\n\n\n\n\n“Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain adalah perlawanan hidup mati,” kata Kim Swee sejurus latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, petang semalam.Selepas aksi Ahad ini, tiga baki perlawanan Kumpulan C menyaksikan Malaysia bertemu Bahrain di tempat lawan pada 5 Februari depan, Jepun di Bukit Jalil (22 Februari) dan Syria di tempat lawan (14 Mac).Aksi playoff secara liga sepusingan bakal membabitkan naib juara Kumpulan A, B dan C itu adalah untuk memilih satu pasukan bagi menghadapi pasukan keempat terbaik Zon Afrika dan pemenangnya akan layak ke Sukan Olimpik London 2012.Namun untuk aksi malam esok, Kim Swee tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang cedera hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu manakala peluang Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim yang hanya menjalani latihan ringan semalam, masih 50-50.\n\n\n\n“Tanpa Muslim, Fadhli Shas yang sudah pulih daripada demam panas akan bergandingan dengan Amer Saidin. Bukan memandang rendah Bahrain, tapi pemain sudah kembali segar dan bersedia untuk perlawanan itu,” jelas Kim Swee.Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.047406 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list