View: 2815|Reply: 7
|
Masalah Pusaka - Tak Ada Adik Beradik Lelaki...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by bayumentari at 23-11-2011 21:04
assalammualaikum semua...
Aku nak mintak pendapat kepada sesiapa yang tahu pasal perundangan..., sebelum tu, biar aku cerita dulu supaya org paham masalah aku ni....Pagi tadi, aku baru balik drp bicara kuasa pusaka ayah aku....
Harta yg lain2, ayah aku dah tukar nama siap2 masa dia hidup lg, cuma yg ni shj yg tak tukar nama lg sebab masih dlm loan ..., walaupun tinggal yg ni satu shj lagi, aku kalau boleh nak selesaikan betul2, tak nak sabit2 lagi nama ayah aku, kesian kat dia sebab ada lg benda yg tak settle...
Ayah aku dah meninggal hampir 3 tahun lepas, ada meninggalkan sebuah rumah teres. Aku ada 3 org adik beradik dan semuanya perempuan. Ayah aku pulak, memang tak de adik beradik, kira anak tunggal lah, sebab ayah dan mak dia dah meninggal sejak ayah aku bayi lagi. Adik beradik datuk aku tu, ada 6 lelaki dan 2 perempuan, dan semuanya pun dah meninggal...., anak2 kepada datuk saudara aku tu, ada, ramai (dekat 20 org dan tak semua pun yg aku tahu dgn jelas) dan ada yg dah meninggal pun.
Bila nak selesaikan pasal rumah tu, masalah tu tak boleh selesai, sebab mereka semua iaitu anak2 kepada 6 org datuk saudara aku tu kena sama hadir bicara kuasa atau kalau mereka tak mahu hadir, mereka kena hantar surat persetujuan yg ditandatangani dihadapan pesuruhjaya sumpah.
Pegawai bicara kuasa tu (aku tak tahu nak panggil apa peg tu...) pun mcm simpati ngan kami, sebab dia pun rasa memang sepupu2 ayah aku tu takkan nak pegi cari dan sign depan pesuruhjaya sumpah ataupun hadir ke bicara kuasa. Tak boleh tertinggal walau pun seorang.... Harta tu bukannya banyak, kalau duit mungkin boleh terus dibahagi2 kan je..., ini masalahnya sebiji rumah je...
Peg bicara kuasa tu kata, bahagian utk sepupu2 ayah aku tu adalah 1/3 drp nilai rumah, iaitu lebih kurang dalam 50k..., dia pun suruh lah kami slow talk kat setiap org tu, supaya melepaskan hak mereka..., ni pun mungkin akan menimbulkan isu lain ni....
Aku memang tak ada plan nak jual pun rumah tu, cuma nak selesaikan betul2 masalah ni sebab kalau tak, masalah ni memang akan tergantung mcm tu je...
PERSOALAN DRP AKU, KALAU ADA SESIAPA YG TAHU......
1) Kalau aku nak cari peguam, boleh ke peguam tu yg cari semua waris yg berhak tu, atau aku yg kena cari dan jumpa sendiri ? Pastu nak mintak mereka sign depan Pesuruhjaya Sumpah, peguam tu boleh jadi pesuruhjaya sumpah, maksudnya sepupu ayah aku tu tak payah pergi sendiri ?
2) Kalau boleh yg nombor (1) tadi, berapakah kos peguam yg rasa2nya aku kena bayar ?
3) Alternatif kedua yg diberi oleh peg bicara kuasa ialah, dgn aku menebus bahagian 1/3 tu iaitu 50k dgn pemegang amanah iaitu amanah raya, tp masalah nya, perlukan surat mati datuk aku...., datuk aku dah meninggal sejak tahun 40 an lagi, aku pun tak tahu samada surat mati tu kat mana atau zaman dulu2 ada ke dilaporkan atau dokumen apa2..., PERSOALAN AKU : dgn ketiadaan apa2 dokumen tentang datuk aku tu, boleh ke aku mendapatkan surat mati datuk aku tu kat JPN ?
4) Atau ada tak cara lain yg boleh aku buat utk mudahkan perkara ni.... ?
Aku adik beradik fikir kalau susah dan tak de jalan jugak, terpaksalah kami diamkan je masalah tu dan sampai generasi bila2 pun tak kan selesai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam
Buat satu persatu.
Hantar surat persetujuan kalau mereka tak dapat hadir maka dengan adanya surat tersebut perbicaraan akan dijalankan. |
|
|
|
|
|
|
|
Perbicaraan yang di adakan adalah untuk penamaan hak waris.
Setelah selesai maka hendaklah kemukakan satu usul penamaan untuk penyelengaraan harta tersebut.2 orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam
Buat satu persatu.
Hantar surat persetujuan kalau mereka tak dapat hadir maka dengan adanya ...
rdzaccess Post at 23-11-2011 21:19
terima kasih sebab sudi reply....
masalah utama aku adalah utk mendapatkan surat persetujuan drp semua sepupu ayah aku yg lebih kurang 20 org tu, yg mesti ditandatangani depan Pesuruhjaya sumpah...., aku tak rasa semua nya akan ambil kesah utk bersusah payah utk gi cari pesuruhjaya sumpah atau hadir bicara kuasa...
Kalau surat persetujuan tu aku dah dapat, memang tak de masalah, aku boleh proceed terus utk selesaikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Gunakan surat berdaftar sebagai bukti pemberitahuan.
Tuliskan semua nama pewaris yang ada, kemudian highlightkan.
Buat satu surat pemuka.
Isinya lebihkurang gini.
Di minta ( pak cik ) menandatangi surat yang dilampirkan bersama dan setelah dimaklumkan hendaklah menghantar kepada saya sebelum ( tarikh akhir )untuk memudahkan pembahagian harta tersebut.
Jika saya tidak menerima apa apa balasan ( jawapan ) maka dengan tersendirinya ( nama ) bersetuju dengan apa jua keputusan yang di buat di mahkamah perbicaraan kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by merak7118 at 24-11-2011 10:46
assalammualaikum semua...
Aku nak mintak pendapat kepada sesiapa yang tahu pasal perundangan..., ...
bayumentari Post at 23-11-2011 21:00
Tadi tersalah type lak tak pasan tak ada anak lelaki....boleh merak tahu rumah tu kat mana? dan TT duduk mana?
Jadi pendapat merak, lantik mana2 peguam coz depa yang akan uruskan a-z..
Antara procedure yang akan dilakukan:
1) peguam akan memasukkan permohonan pengisytiharan harta sepencarian ibu TT, secara automatik 1/2 bahagian harta tu milik ibu TT (ini penting kerana TT x ada adik beradik lelaki);
2) penamaan waris akan dilakukan, disebabkan TT xder adik beradik lelaki, arwah datuk dah meninggal maka kita melihat waris2 lelaki ke atas iaitu datuk sedara..jika tak ada maka anak2 lelaki datuk2 sedara arwah ayah....listkan semua dan lawyer akan menjejaki mereka;
3) disebabkan arwah ayah anak tunggal, perlu dapatkan surat akuan bersumpah daripada 2 orang (ni lawyer yg akan uruskan jugak);
4) bila mahkamah syariah dah keluarkan perintah harta sepencarian 1/2 bhg utk ibu dan penamaan waris2 utk 1/2 lagi bhg....pergi ke bhg pesaka (pej tanah berkaitan-merak anggarkan nilai rumah tak melebihi RM2 juta)..ni pn blh minta lawyer uruskan klu TT tak pasti nak buat mcm mana.
Procedure pembahagian pesaka:
1) 1/2 bhg harta milik ibu TT;
2) 1/2 bhg lagi bahagi ikut perintah mahkamah syariah;
3) sekiranya datuk sedara/pakcik sedara arwah ayah TT baik hati dan menolak bahagian mereka, maka mereka akan menandatangai surat penolakan dan tida perlu hadir semasa perbicaraan kelak.
Anggaran kos untuk lawyer:
1) pengisytiharan harta sepencarian RM2,000;
2) penamaan waris RM1,500;
3) pesaka RM1,000 (tidak termasuk stamp duty)...stamp duty tak mahal macam pindahmilik biasa.
kemusyikilan blh PM merak...nasihat merak selesaikan masalah pembahagian harta ini segera sebab kita manusia seringkali mengabaikan perkara simple tapi penting.bukan tamak harta tapi kita taknak secara tanpa disedari kita sebenarnya mengambil hak orang lain...TT jangan putus asa ok, setiap masalah ada penyelesaian dan carilah orang/pihak yang boleh menangani masalah itu.Gud luck TT |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# merak7118
terima kasih sgt Merak, nampak cerah sikit jalan...., terutama bab harta sepencarian tu, memang tak teringat lansung pasal tu dan kos peguam...
So, langkah pertama saya ialah mencari peguam....
Peguam tu yg akan mencari dan berjumpa dgn waris ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply merak7118
terima kasih sgt Merak, nampak cerah sikit jalan...., terutama bab harta ...
bayumentari Post at 24-11-2011 14:59
yup betul, bg contact no & alamat...so segala urusan lawyer akan uruskn... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|