View: 126|Reply: 0
|
Potong bantuan: PSM nak bincang
[Copy link]
|
|
PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akur dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang membangkitkan cadangan memotong bantuan kewangan kepada persatuan itu mulai tahun depan.\rPresidennya, Datuk Ahmad Ismail berkata pihaknya tidak akan menyalahkan pihak lain berhubung perkara itu selepas membaca laporan media, kelmarin bahawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan memotong bantuan kewangan kepada PSM dan persatuan lain yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang di Sukan SEA kali ini.\r\n\n\n\n\r “Saya akui persembahan skuad sepak takraw negara di Palembang adalah yang terburuk sehingga gagal meraih sebarang emas,” kata Ahmad yang menambah banyak usaha dan latihan sudah dibuat memajukan pemain. \r\r\n\n\n\n\nMalaysia tewas 0-3 kepada Indonesia untuk membawa pulang gangsa.\r“Apa yang saya lihat, skuad sepak takraw tidak menggunakan senjata mereka ketika bertarung dengan pasukan tuan rumah, sebaliknya hanya bermain dalam zon selesa.” katanya.\rAhmad berkata PSM akan bertemu Shabery Cheek membincangkan isu pemotongan peruntukan itu. – BERNAMA\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|