CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Cowok Ganteng: 'Bersatu dan bangkit' - tak termasuk Malaysia

[Copy link]
Post time 21-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia.\rSemangat ini cukup positif sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara.\r\n\n\n\n\r   Namun jelas Shabery dan Naim, dan mungkin juga ramai lagi pegawai serta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta terutamanya, tertipu dengan slogan tuan rumah itu. Atau mungkin juga sebahagian besar penduduk kota Jakarta sendiri yang tidak memahaminya.\r\r\n\n\n\n\n   Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku.\rPaling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan.\rProvokasi di Gelora Bung Karno yang sudah basi dan tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara, dijangka akan lebih bingit dan menyakitkan telinga dengan misi membalas dendam serta mengubat ‘sakit hati yang mendalam’ (seperti dikatakan peminat dalam satu temubual radio tempatan) terhadap Malaysia akibat kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu.\rMenurut rakan wartawan yang pernah membuat liputan Sukan SEA di hampir semua negara di rantau Asia Tenggara ini, Sukan SEA di Jakarta antara yang paling teruk – terutama dalam sambutan rakyatnya terhadap kontinjen Malaysia.\r\n\n\n\n\rKontinjen Malaysia yang hadir ke bumi Jakarta seolah-olah musuh ketat yang cuba dimalukan dan dimusnahkan. Bagi penyokong Indonesia, biar mereka tidak dapat emas asalkan bukan Malaysia yang memperolehnya.\rSokongan padu sanggup diberikan kepada lawan Malaysia, tidak kira dalam apa acara sekalipun. Jadi jelas kedatangan kontinjen negara ke sini kurang dialu-alukan dan nama Malaysia tidak terbabit dalam kempen Bersatu & Bangkit kali ini.\rMalaysia kini yang berada di tangga keempat keseluruhan selepas mencapai sasaran 45 pingat emas kelmarin, kini perlu menamatkan kempen kali ini dengan ibu emas –  mengecewakan Indonesia dalam aksi final bola sepak malam ini – sekali gus mengajar sebahagian penyokong di sini erti semangat kesukanan sebenar. \rSyed Riduan

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057701 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list