View: 116|Reply: 0
|
Rizal, Aim gigit jari kerana salah congak
[Copy link]
|
|
CONGAKAN bekas pelumba trek negara, Mohd Rizal Tisin dan Mohd Aim Mohd Fauzi dalam penyertaan pertama skuad BMX jelas kurang berbaloi apabila pulang tangan kosong selepas gagal menyaingi kehebatan pelumba profesional dari Indonesia dan Thailand dalam saingan di Taman Mini Ancol, Jakarta, semalam.\rRizal gagal layak ke ke pusingan final manakala Mohd Aim yang diletakkan harapan tinggi sekadar melintasi garis penamat di tempat kelima keseluruhan.\r\n\n\n\n\r “Memang kami datang ke sini untuk mendapatkan pingat tapi jika dibandingkan dengan kemampuan pelumba Indonesia dan Thailand, kami tidak dapat menyaingi pengalaman dan persiapan yang mereka lakukan,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n Acara itu dikuasai pelumba Indonesia, Buamin dan Tony Syarifudin manakala Narong Klinsurai dari Thailand meraih gangsa.\rSementara itu, pelumba wanita,Masziyaton Mohd Radzi terlepas pingat gangsa selepas dipintas peserta tuan rumah, Suswanti. Elga Kharisma Nova dari Indonesia imeraih emas dan Vipavee Deekaballe dari Thailand, perak.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|