|
Kutip emas di luar jangkaan untuk lepasi ramalan awalACARA pedang kembali menceriakan kontinjen negara, semalam apabila menyumbang satu lagi pingat emas yang tidak berada dalam senarai sasaran Majlis Sukan Negara (MSN).\n\n\n\n Semalam, skuad ‘zorro’ negara menggegar apabila mengungguli acara sabre berpasukan lelaki diketuai Muhammad Radhi Hasim, Long Ming Chang dan Yu Peng Kean yang gah menewaskan gandingan Vietnam Vu Thanh An, Nguyen Van Quynh, To Van Hop,45-38 pada final di Jakarta.\n\n\n\n\n Dalam separuh akhir trio negara menewaskan Filipina 45-33.“Kejayaan menumbangkan Indonesia (45-38) pada suku akhir menjadi ‘kunci’ kami meraih emas ini. Ini kerana ia membakar semangat dan membuatkan kami enggan menoleh ke belakang lagi. “Kami tak jangka dapat mengakhiri cabaran negara dengan kilauan emas,” kata Muhammad Radhi yang juga penuntut jurusan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM).Ia juga sekali gus menebus kecewa kalah kepada Vietnam dalam suku akhir Sukan SEA 2007 di Korat. \n\n\n\nEmas dimenangi adalah yang kedua selepas Joshua Koh menamatkan kemarau 22 tahun negara dengan meraih emas acara epee individu lelaki, Ahad lalu. Pencapaian dua emas dan lima gangsa adalah terbaik dalam sejarah penyertaan skuad negara selepas tidak pernah memenangi lebih daripada satu emas.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|