CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75|Reply: 0

Kim Swee minta anak buah anggap aksi final

[Copy link]
Post time 17-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERLAWANAN terakhir peringkat Kumpulan A diibarat final oleh jurulatih skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee yang mahu anak buahnya menggandakan usaha apabila turun menentang Indonesia, hari ini.\rSkuad Harimau Muda yang kini menghuni tangga kedua dengan tujuh mata, dua di belakang tuan rumah yang hanya bermain untuk memastikan kedudukan teratas, memerlukan sekurang-kurangnya satu mata ke separuh akhir.\r\n\n\n\n\r  “Sasaran kami adalah untuk menang tanpa perlu bergantung kepada keputusan Thailand-Singapura,” kata Kim Swee sebelum sesi latihan terakhir, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  “Walaupun hanya memerlukan satu mata, kami tetap mahu memburu kemenangan kerana menentang Indonesia, banyak faktor perlu diberi perhatian oleh pemain.\r“Secara fizikal, pemain kita sudah bersedia. Apa yang penting mereka memahami tugas masing-masing apabila masuk ke padang nanti. Paling penting mereka perlu bekerja lebih keras berbanding perlawanan sebelumnya.”\rSepanjang tiga perlawanan lalu – menentang Singapura, Thailand dan Kemboja – Kim Swee menggunakan kombinasi berbeza di barisan depan dengan A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan dicuba sebagai penyerang tunggal pada setiap perlawanan.\r“Setiap lawan kita temui berbeza secara taktikal, jadi saya akan mencorak strategi berdasarkan kekuatan dan kemampuan pemain kita pada posisi tertentu.”

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.062153 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list