|
JELAS, ‘kuasa wanita’ mendominasi pungutan pingat emas kontinjen negara, semalam apabila enam daripada sembilan dituai di Palembang dan Jakarta adalah milik atlit wanita negara.\rApapun, sukan akuatik paling menyerlah untuk kontinjen negara dengan tiga menyusul daripada acara renang dengan dua menyusul daripada terjun.\r\n\n\n\n\r Wanita yang gah di kalungkan emas adalah Khoo Cai Lin, Siow Yi Ting (renang), Cheong Jun Heong (terjun), Nur Suryani Taibi (menembak) dan Noraseela Khalid, Roslinda Samsu (olahraga).\r\r\n\n\n\n\n Lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Pusat Akuatik Jakabaring, malam tadi apabila skuad renang mempamer taring mahu memenuhi sasaran empat emas.\rKhoo Cai Lin yang sekadar meraih perak 400 meter gaya bebas wanita kelmarin, bangkit memenangi emas pertama negara dalam acara 800m gaya bebas wanita dengan masa 8 minit 50.17 saat, menewaskan perenang Thailand, Natthanan Junkraja (8:55.51s) dan Raina Saumi dari Indonesia (9:02.81s).\rLangkah emas itu kemudian diikuti Kevin Yeap yang mencatat 3:55.07s dalam acara 400m gaya bebas lelaki menangkis cabaran pesaing terdekatnya Sarit Tiewong (Thailand) yang merekodkan 3:55.95s dan pemenang gangsa, Matthews Jeremy (Singapura) 3:58.48s.\rPingat emas lain negara disumbang Bryan Nickson Lomas (terjun) dan Cheng Su Sian (memanah).\r\n\n\n\n\rSaya tidak sangka menang kerana lebih menggemari acara jarak jauh, namun saya tetap berpuas hati dengan masa yang dicatatkan iaitu hanya dua saat lebih perlahan untuk mengatasi rekod kebangsaan yang dicatatkan Daniel Bego pada temasya di Laos lalu.\r“Ketika itu, Daniel mencipta rekod kebangsaan dengan menggunakan sut renang yang kini tidak lagi boleh digunakan dan saya gembira dapat merekodkan masa hari ini (semalam) tanpa bantuan sut,” katanya yang memenangi emas pertama sepanjang tiga penyertaannya di Sukan SEA.\rEmas ketiga negara dimenangi Siow Yi Ting yang mempertahankan pingat emas 100m kuak dada wanita dengan catatan 1:10.55s, diikuti seorang lagi perenang negara, Christina Loh (1:10.57s) manakala gangsa dimenangi perenang Thailand, Chavunnooch Salubluek (1:11.69s).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|