CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5633|Reply: 28

Halangi maksiat dunia cyber...(amal makruf nahi mungkar)

[Copy link]
Post time 14-11-2011 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Dalam dunia cyber yang serba canggih ini, saya cadangkan setiap rumah akan dirisik oleh pejabat agama untuk pengguna yang mendownload, streaming atau melayan laman lucah. Saya rasa ia sesuai dengan perangai pegawai agama atau perangai orang yang suka menegakkan agama Islam suka mengintai privasi orang lain. Setiap kali laman lucah itu dilayari, maka layaklah pegawai agama serbu rumah orang itu dan mengheret pesalah ke muka pengadilan.

Selain itu, pegawai yg terlibat boleh juga monitor dari jauh setiap panggilan video chat yg dibuat dari rumah. Mana la tau, jika ada yg tidak menutup aurat ketika bersembang dengan rakan cyber lain dari luar negara. Mereka itu bukan muhrim untuk bersembang atau berchatting. Hukumnya harooommmmm...!


Sekali sekala, pegawai agama boleh menyerbu setiap rumah yang dihuni oleh orang ISLAM. Untuk mencari2 kesalahan yang dilakukan oleh pesalah muslim tanpa memerlukan waran. Boleh check samada ada simpan video lucah atau alat2 mainan seks (sex toys). Sebarang pembelian sex toys yang dilakukan online oleh orang muslim, perlulah dilaporkan segera kepada pejabat agama. Jadi sesiapa yang beli seks toy tu hendaklah digantung ke leher dan diheret dimalukan sehingga sampai pejabat agama.


Terima kasih kerana membaca topik sia2 dari saya ini....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2011 05:35 PM | Show all posts
Tinggi imaginasi & harapan TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2011 06:12 PM | Show all posts
hehehe, makcik ni tadok keja. Sbb makcik tgk ramai sgt orang mesia ni tadak keje suka mengintai dan mencari2 kesalahan. Sedangkan perbuatan ini adalah harom dalam agama Islam. Tapi ramai jabatan agama, jiran tetangga, rukun tetangga, kaki takbir suka mengintai dan mencari kesalahan orang lain. Kalau ikutkan hukum hudud, kalau menuduh orang lain buat maksiat. Kaki fitnah tu pun kena hukum gak. Ini kat mesia, kalau nampak kapel masuk hotel je boleh report sesuka ati kat jabatan agama. Bila jabatan agama serbu, tengok 2 pasangan dah nikah. Tapi yg buat laporan tu slamba je merasakan dirinya telah menegakkan nama agama, free je jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 06:27 PM | Show all posts
AKU CABAR MAK CIK BUAT SERBUAN DI DALAM BILIK AKU NI DULU,,,, HAHAHAHAHA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2011 07:04 PM | Show all posts
hehehhe kasi sini ko punya skype id, makcik skodeng ko. Hahahahha. Tengok2 ko yang skodeng makcik pulok
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 07:53 PM | Show all posts
hasrat yg murni...tp konpom akan ada tentangan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2011 11:06 PM | Show all posts
dah kire menceroboh hak peribadi tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:20 AM | Show all posts
harsat TT utk membasmi amal makruf nahi mungkar rasanya very difficult to fulfill by pejabat agama. byk perkara lain yg melibatkan drugs, corruption, abandonment and others juga tidak dpt diatasi sehingga kini. inikan pula pejabat agama hendak pergi dari satu rumah kepada satu rumah yang lain utk memastikan mereka tidak senunut while surfing the internet. it is impossible to be achieved.

persoalannya disini. adakah pegawai2 agama itu sendiri cukup ramai utk menapung @ to observe the behavior of each person playing internet? tapi sy respek gak pemikiran TT ini. mmg suci murni ibarat kata momod medang. jarang yang ada free nk pk menda2 camni.

actually menda2 camni depands gak pd individu tue sendiri. they were blessed with intellect and mind. ugama islam itu sendrik suda memberi garis n panduan ttg halal n haram perbuatan begitu. jika mereka masih preoccupied with the cyber world, letaklah seribu  org pegawai agama pun utk me"monitor" org perseorangan. mereka ttp akan mendownload, streaming atau melayan laman lucah (curik dpd statement TT ni).

Nota: utk melaporkan segera kepada pejabat agama, kpd sesiapa yang beli seks toy juga cadangan hendak mengantung leher dan mengheret  utk dimalukan sehingga sampai pejabat agama rasanya very difficult to be implemented.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 08:29 AM | Show all posts
dah kire menceroboh hak peribadi tu
fcl29 Post at 14-11-2011 11:06 PM



   Yaaaaaaaa.......berapa juta rumah plak kan nak "menceroboh" tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 08:57 AM | Show all posts
ehh.. TT guna ayat sarcasm je ni. Sebenarnya TT membantah tindakan mencari kesalahan orang lain ni. Dan memang ada hadis pon tentang haramnya mencari kesalahan orang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 10:14 AM | Show all posts
err.. kurang paham bab chatting tak tutup aurat dgn bkn muhrim tu..
haram kalau video chat je kan
kalau text saje boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by al_gojos at 15-11-2011 11:06

Tafsiran Tajassus (Mengintip Mencari Kesalahan Orang Lain)
Firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sebagai penulis tafsir moden, Sayyid Qutb menyentuh ayat ini dengan begitu mendekati kehidupan muslimin di zaman kini. Antaranya beliau menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga dalam urusan perundangan dan perlaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun.

Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi –atas apa alasan sekali pun- untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai.

Hukum manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain. Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka….demikianlah nas ini (larangan tajassus) menempatkan dirinya dalam sistem perlaksanaan dalam masyarakat islami. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama”.(rujukan: Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al-Syuruq 1992)
Nas-Nas Sunnah Dan Amalan Sahabah Berkaitan Tajassus

Al-Syaikh Salim ‘Id al-Hilali ketika mensyarahkan hadith-hadith Riyad al-Salihin menyebut: “Tajassus bermaksud mencari dan menyelidiki keburukan dan keaiban kaum muslimin. Al-Quran dan al-Sunnah telah melarang hal ini. Sebabnya ia menyakitkan empunya keaiban itu sedangkan dia berusaha menutup dan tidak melakukannya secara terang-terangan. Dilarang berusaha mencari kesalahannya kerana kita disuruh menutup keaiban seboleh mungkin”.( Al-Hilali, Bahjah al-Nazirin, 3/92, Jeddah: Dar Ibn Jauzi 1425H).

Aku tolong copypaste hujah oleh ilmuwan berkenaan perbuatan mengintip mencari salah orang....dr. MAZA pun pernah timbulkan isu ni berkaitan tindakan pegawai pejabat agama yang menghendap untuk mencari pesalah khalwat....Jadi TT rasanya banyak halangan untuk realize benda ni....atau kata senangnya takda harapan la nak buat...sedangkan pegi tangkap umat yang nak murtad pun pueh kena hantam...tambahla nak masuk rumah orang.....

p.s. Sorryleee panjang la pulooook
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2011 05:40 PM | Show all posts
bagi yang dah dapat idea yg makcik ni mmg sarcasm, anda dapat sepoloh markah...

Bagi yang setuju sangat ngan tajassus atau intai orang mencari kesalahan. Makcik potong 20markah....

suka sangat nak ngintai orang yerk?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2011 05:51 PM | Show all posts
err.. kurang paham bab chatting tak tutup aurat dgn bkn muhrim tu..
haram kalau video chat je kan
...
figurae Post at 15-11-2011 10:14



  kamu tak tahu ke kalau takde video ko terdedah dgn bahaya online scam. ko ingatkan ceting ngan minah saleh jelita dari rusia. Rupanya mat nigeria yang dok con rakyat malaysia dengan ayat bunga2.. Mat2 negro ni bersepah2 kat malaysia, kalau takde video chat. Ko takleh tengok rupa sebenar orang itu dan juga susah nak check ip adress scammers ni.
Pengalaman makcik dalam dunia ceting. Makcik hampir kena tipu dengan mat nigeria di malaysia. Nak tgk video mcm2 alasan dia bagi... bagi gambar 2 keping je (tak matching plak tu gambar). Kata konon dok london keje engineer gali minyak la kunun. Ada wang beribu-ribu pound, tapi duit disimpan kat PETRONAS malaysia. Kalau nak keluarkan duit, cukai punya mahal konon. Depa akan mintak korang depositkan sikit. Skali makcik check IP, dia ada kat kolumpo.... last2 makcik kantoikan dia. Terus depa larik tak kacau makcik...

Berani diorg ni nak tunjuk muka kat video chat? jangan harap leee.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 08:57 AM | Show all posts
Reply 14# makcik_pc


    online scam? hahahaha.. org bodoh   tamak  yg mudah terpedaya dgn bende gini
chat sy gune dgn org yg kenal shajae.. dgn org luar takde,..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 11:46 AM | Show all posts
Dalam dunia cyber yang serba canggih ini, saya cadangkan setiap rumah akan dirisik oleh pejabat agam ...
makcik_pc Post at 14-11-2011 17:32



    hasrat murni TT ni bagus.....cuma aku rs keutamaan perlu kepada maksiat yg terang-terang di depan mata....cam kat rumah tumpangan,pusat2 persundalan,kat taman bunga terlebih dahulu!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 09:04 PM | Show all posts
kalu nak uat macam yg ko kata tuh susah le. amik masa, tenaga & kos. jugak libatkan tenaga kije yg bnyak giles. agak mustahil & susah untk direalisasikan le.

kalu nak banteras, uat jer report kat SKMM pasal website2 lucah. nanti diorng block le. telekom pon dah bnyak block website2 lucah. tapi kalu nak block sumer tu agak susah le. sbb website2 nih kalu block 1, ada laie 10 option yg lain. block 10, muncul laie 20 yg baru. orang kalu dah gile seks tuh snggup jer habis masa berjam2 search website lucah baru atopon donlod je torrent.

benda nih kena kesedaran sendiri le. pastuh mak bapak & pasangan kena le celik IT skit. at least tau le cara2 nak uat privacy control, parent control, setting browser bagai. pastuh kena tegas le dalam pantau anak2 atopon pasangan. untk anak2 tuh didik dari awal le. ajar diorng pasal agama & maruah.

tapi kalu btol le nak amik langkah ekstrim macam yg pembukak thread cadangkan, baik le majlis agama/mufti haramkan dulu majalah2 hiburan macam mangga tuh ker. pantau skit retis2 kat malaysia nih. lari topik ker? wakakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 09:18 AM | Show all posts
sampai camtue skali makcik nak banteras maksiat..cadang mkcik jd kp jabatan agama..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 09:39 AM | Show all posts
Reply 1# makcik_pc
hahaha...tak sia sia lah..i suka je membacanye..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 10:31 AM | Show all posts
Dalam dunia cyber yang serba canggih ini, saya cadangkan setiap rumah akan dirisik oleh pejabat agam ...
makcik_pc Post at 14-11-2011 17:32



   hehe makcik ni nampak gaya macam lepas geram kat orang-orang pejabat agama je. Diorang rampas sex toys makcik ke? Tu la lain kali sorok la tempat tinggi. jangan gantung jemur nak kasi kering kat ampaian.. hehee
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.089083 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list