|
Kontinjen negara ceria sumbangan karate, olahraga, pedang dan terjunKONTINJEN negara ceria menikmati titisan ‘hujan emas’, semalam apabila atlit daripada acara karate, olahraga, lawan pedang dan terjun tampil gah meraih tujuh pingat emas pada hari ketiga temasya.\rKarate menjadi penyumbang terbesar dengan empat buat mencari penawar duka dengan tuaian emas bermula hasil keringat Shaharudin Jamaludin dalam acara Kumite 75 kilogram sebelum R Loganesha (Kumite 55kg), G Yamini (Kumite 61kg) dan K Teagarajan (Kumite 84kg) mencipta detik gemilang di Jakarta. \r\n\n\n\n\rBagaimana atlit olahraga, Lo Choon Sieng menjadi penyumbang pertama dengan mengutip emas pada awal pagi di Palembang menerusi acara 20 kilometer jalan kaki lelaki. \r\r\n\n\n\n\nJoshua Koh menamatkan kemarau 22 tahun memenangi acara lawan pedang, Epee individu manakala pasangan terjun wanita, Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee mengungguli acara 3 meter papan anjal seirama sebelum.\rSkuad badminton lelaki layak ke final menentang tuan rumah Indonesia, esok selepas menewaskan Singapura 3-0 dalam separuh akhir untuk mengubati duka skuad wanita yang tewas kepada tuan rumah 1-3 dalam peringkat sama. Acara menembak yang menang emas pertama kontinjen, kelmarin menerusi Nur Suryani Taibi gagal menambah koleksi dengan hanya dua perak menerusi Hasli Izwan Amir Hasan dan Muhammad Shahril Sahak di Palembang.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|