View: 160|Reply: 0
|
Suu Kyi mahu tanding pilihan raya
[Copy link]
|
|
YANGON: Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, berkemungkinan besar bertanding dalam pilihan raya kecil yang diadakan dalam masa beberapa bulan lagi, kata jurucakap partinya semalam, berikutan perubahan kepada undang-undang pendaftaran parti.\rLiga Demokrasi Kebangsaan (NLD), tidak disenaraikan tahun lalu kerana memulaukan pilihan raya, akan mempertimbangkan untuk mendaftar semula sebagai parti politik, membuka jalan kepada Suu Kyi untuk kembali ke arena politik.\r\n\n\n\n\r“NLD berkemungkinan besar mendaftar dan Suu Kyi berkemungkinan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil akan datang,” kata jurucakap parti, Nyan Win.\r\r\n\n\n\n\nTidak diketahui bila pilihan raya kecil akan diadakan tetapi ada 40 kerusi dalam dua dewan Parlimen.\rNLD menang dalam pilihan raya 1990 tetapi tidak dibenarkan memerintah, dan ia memulaukan pilihan raya tahun lalu kerana peraturan yang memaksa ia menyingkirkan anggota yang dipenjarakan. Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah ketika itu.\rBeliau dibebaskan beberapa hari selepas pilihan raya November lalu yang dikritik sebagai dipenuhi penipuan oleh Barat dan dicemari dakwaan berlaku penipuan.\rBagaimanapuni kerajaan baru yang disokong tentera mengejutkan pengkritik dengan mengadakan siri perubahan.\r\n\n\n\n\rIa termasuk penggubalan undang-undang ke atas parti politik, diluluskan oleh Presiden Thein Sein, yang memansuhkan syarat semua parti perlu setuju untuk memelihara Perlembagaan 2008 negara itu, menurut media.\rKeputusan untuk mendaftar semula NLD memang dijangka selepas 100 anggota kanan parti berkumpul di Yangon semalam untuk membincangkan langkah itu.\rNyan Win tidak memberi kenyataan mengenai kawasan yang akan diwakili Suu Kyi, tetapi sumber parti berkata beliau akan bertanding \rdi Yangon. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|